Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ayam Kicap Nyonya

As-salam,

Sekarang ini perlawanan JDT vs Negeri Sembilan sedang berlangsung. Perut pun dah kenyang dengan hidangan makan malam yang ringkas tadi. Oleh kerana ia hidangan ringkas dan semua orang boleh buat, maka saya berani kongsikan dengan semua orang. Bila saya dah test, barulah boleh cerita...betul tak?

Hidangan yang saya nak share adalah Resepi Ayam Kicap Nyonya. Tapi setelah saya selidik dari resepi asalnya,tak ada pun guna kicap jenama Nyonya...haha...

Resepi Ayam Kicap Nyonya

 

Bahan-bahan:

  • 4 ketul ayam (telah siap digoreng dengan sedikit garam dan kunyit)
  • 2 batang cili merah dibelah dua
  • 1 biji buah tomato dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 biji bawang merah sederhana besar dihiris
  • 1/2 camca kicap pekat
  • 1/2 camca lada hitam
  • 1 batang serai
  • Gula dan garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
  1. Tumiskan bawang putih, cili merah dan bawang merah hingga naik baunya. Kemudian masukkan ayam dan gaulkan hingga rata.
  2. Masukkan pula kicap, tomato, serai, lada hitam, sedikit gula dan garam, ikut citarasa
  3. Biarkan hingga rata dan siap untuk dimakan...

Amacam? Ringkas tak? Sambil itu telinga ini dengar juga Hero Dewasaku memekik mekik sebab JDT sedang ketinggalan di belakang N.Sembilan dengan jaringan 1-0...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close