As-salam,
Gunung Tangkuban Parahu yang kini diisytiharkan sebagai tempat larangan kerana saki baki asap tebal masih meliputi kawasan sekitar gunung berapi tersebut. Gunung Tangkuban Parahu meletus pada 6/3/2013 yang lalu. Kebanyakan akhbar melaporkan tentang status terkini tahap keselamatan dan penduduk di pergunungan yang popular di hati pelancong itu.
Info
Gunung Tangkuban Parahu atau Gunung Tangkuban Perahu adalah salah satu gunung yang terletak di Provinsi Jawa Barat, Indonesia. Sekitar 20 km ke arah utara Kota Bandung, dengan rimbun pohon pines dan hamparan kebun teh di sekitarnya, Gunung Tangkuban Parahu mempunyai ketinggian setinggi 2.084 meter. Bentuk gunung ini adalah Stratovulcano dengan pusat erupsi yang berpindah dari timur ke barat. Jenis batuan yang dikeluarkan melalui letusan kebanyakan adalah lava dan sulfur, mineral yang dikeluarkan adalah sulfur belerang, mineral yang dikeluarkan ketika gunung tidak aktif adalah wap belerang. Daerah Gunung Tangkuban Perahu dikelolakan oleh Perum Perhutanan. Suhu rata-rata hariannya adalah 17 darjah Celcius pada siang hari dan 2 darjah celcius pada malam hari.
Gunung Tangkuban Parahu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Cerita Lagenda Di Sebalik Gunung Tangkuban Parahu

Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengajukan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam semalam. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang marah dan menendang perahu itu sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu.
Gunung Tangkuban Parahu ini termasuk gunung api aktif yang statusnya diawasi terus oleh Direktorat Vulkanologi Indonesia. Beberapa kawahnya masih menunjukkan tanda tanda keaktifan gunung ini. Di antara tanda aktiviti gunung berapi ini adalah munculnya gas belerang dan sumber-sumber air panas di kaki gunungnya, di antaranya adalah di kasawan Ciater, Subang.
Kewujudan gunung ini serta bentuk topografi Bandung yang berupa cekungan dengan bukit dan gunung di setiap sisinya menguatkan teori kewujudan sebuah telaga besar yang kini merupakan kawasan Bandung. Diyakini oleh para ahli geologi bahawa kawasan dataran tinggi Bandung dengan ketinggian lebih kurang 709 meter di atas permukaan laut merupakan sisa dari danau besar yang terbentuk dari pembendungan Ci Tarum oleh letusan gunung api purba yang dikenal sebagai Gunung Sunda dan Gunung Tangkuban Parahu merupakan sisa Gunung Sunda purba yang masih aktif.
Fenomena seperti ini dapat dilihat pada Gunung Krakatau di Selat Sunda dan kawasan Ngorongoro di Tanzania, Afrika. Hingga kini legenda Sangkuriang yang merupakan cerita masyarakat kawasan itu diyakini merupakan sebuah dokumentasi masyarakat (mitos) kawasan Gunung Sunda Purba terhadap peristiwa pada saat itu.
** Sumber
Selamat membaca, happy reading...
2 Comments
T dah pernah pergi sini.. tahun 2011.. masa tourist guide bgtau yg ia masih aktif, terpikir gak kalau2 ia meletus semula.. ^_^
ReplyDeletesatu pengalaman berharga,
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.