As-salam,
Susulan daripada krisis perang nukleur antara Korea Utara dan Korea Selatan, terbaru dilaporkan bank-bank dan komputer penyiar di Korea Selatan telah digodam oleh ejen Korea utara. Inilah dahsyatnya perang nak tunjuk kuasa siapa hebat dan siapa boleh menawan negara yang lain. China juga menggesa krisis antara dua negara bersekutu itu diselesaikan di meja rundingan dengan segera.
Walaupun banyak laporan dikeluarkan Korea utara sudah bersedia untuk menyerang Korea Selatan, diplomat asing yang berpengkalan di Pyongyang Korea utara masih belum meninggalkan negara itu. Degil pulak dia orang tu, kalau jadi apa-apa kan susah, betul tak? Tetapi semua pihak berharap krisis antara dua negara itu dapat diselesaikan bagi mengelakkan perang yang dahsyat meletus. Yang jadi mangsa siapa kalau bukan rakyat yang tidak bersalah!
Sementara itu, tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat meningkatkan status waspada kepada tahap ‘ancaman besar’ menjelang ujian peluru berpandu Korea Utara dengan ketegangan meningkat menjelang lima hari sebelum upacara memperingati ulang tahun kematian pengasas negara itu Kim ll-Sung.
Menteri Luar, Yun Byung-se berkata pihaknya menjangka Korea Utara akan melancarkan peluru berpandu jarak sederhana pada bila-bila masa untuk menunjukkan kekuatannya.
Laporan juga menyatakan bahawa lintasan sempadan terbesar antara Korea Utara dan China, Dandong, kini ditutup kepada pelancong dan agensi pelancongan tidak dibenarkan membawa pelawat ke sana
Agensi perisikan Korea Selatan berkata Korea Utara menyiapkan dua peluru berpandu jarak sederhana yang akan dilancarkan dari pantai timurnya, walaupun amaran dari sekutunya, China untuk mengelak langkah provokasi ketika ketegangan tentera semakin meningkat.
Susulan daripada krisis perang nukleur antara Korea Utara dan Korea Selatan, terbaru dilaporkan bank-bank dan komputer penyiar di Korea Selatan telah digodam oleh ejen Korea utara. Inilah dahsyatnya perang nak tunjuk kuasa siapa hebat dan siapa boleh menawan negara yang lain. China juga menggesa krisis antara dua negara bersekutu itu diselesaikan di meja rundingan dengan segera.
Walaupun banyak laporan dikeluarkan Korea utara sudah bersedia untuk menyerang Korea Selatan, diplomat asing yang berpengkalan di Pyongyang Korea utara masih belum meninggalkan negara itu. Degil pulak dia orang tu, kalau jadi apa-apa kan susah, betul tak? Tetapi semua pihak berharap krisis antara dua negara itu dapat diselesaikan bagi mengelakkan perang yang dahsyat meletus. Yang jadi mangsa siapa kalau bukan rakyat yang tidak bersalah!
Sementara itu, tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat meningkatkan status waspada kepada tahap ‘ancaman besar’ menjelang ujian peluru berpandu Korea Utara dengan ketegangan meningkat menjelang lima hari sebelum upacara memperingati ulang tahun kematian pengasas negara itu Kim ll-Sung.
Menteri Luar, Yun Byung-se berkata pihaknya menjangka Korea Utara akan melancarkan peluru berpandu jarak sederhana pada bila-bila masa untuk menunjukkan kekuatannya.
Agensi perisikan Korea Selatan berkata Korea Utara menyiapkan dua peluru berpandu jarak sederhana yang akan dilancarkan dari pantai timurnya, walaupun amaran dari sekutunya, China untuk mengelak langkah provokasi ketika ketegangan tentera semakin meningkat.
- AFP
1 Comments
masing-masing nak tunjuk kekuatan peluru berpandu menuju ke sasarannya..,..
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.