As-salam,
Panduan Cara Hidup Ceria. Hidup yang ceria adalah impian semua orang. Tidak ada manusia di muka bumi ini yang suka bersedih dan dibelenggu masalah sepanjang masa. Pasang surutnya kehidupan begitulah, ibarat pusingan roda. Sekejap kita ketawa dan kemudian kita pula diketawakan orang. Namun kita ada pilihan untuk hidup ceria, pilihan itu di tangan kita.
Beberapa pendapat di atas adalah panduan untuk kita hidup lebih ceria dan menikmati hari-hari yang dilalui dengan lapang dada. Bila kita menikmati kehidupan yang ceria, tidur pun boleh memberi semangat positif kepada diri kita dan orang-orang yang kita sayangi.
Selamat beristirehat, hidup dengan ceria dan happy reading!
Panduan Cara Hidup Ceria. Hidup yang ceria adalah impian semua orang. Tidak ada manusia di muka bumi ini yang suka bersedih dan dibelenggu masalah sepanjang masa. Pasang surutnya kehidupan begitulah, ibarat pusingan roda. Sekejap kita ketawa dan kemudian kita pula diketawakan orang. Namun kita ada pilihan untuk hidup ceria, pilihan itu di tangan kita.
Panduan Cara Hidup Lebih Ceria Dan Bersemangat
1) Tunaikan ibadat seperti yang dituntut dalam agama
Sebagai seorang Islam, tunaikan tanggungjawab kita kepada Yang Maha Esa. Dan, kepada penganut agama lain, mereka juga ada cara melakukan ritual keagamaan mereka. Yang pasti, setiap agama menuntut kita melakukan yang baik danmeninggalkan perbuatan yang tidak baik. Nescaya, hidup kita dilimpahai kegembiraan.2) Menghubungi ibu dan ayah
Apabila telah dewasa dan berkerjaya, kebanyakan kita duduk berasingan daripada ibubapa. Apatah lagi bila kita telah memiliki keluarga sendiri. Ambillah sedikit masa hubungi ayah dan ibu kita demi menghilangkan kerisauan di hati mereka. Ibubapa reda, hidup kita juga ceria. Insya Allah tempoh hidup kita lebih lama daripada orang yang memiliki masalah keliling pinggang.3) Ubah cara kita berfikir
Cuba berfikir di luar kota pemikiran kita yang biasa. Jangan terlalu ekstrim ataupun ambil mudah sesuatu perkara. Contohnya, kita bergantung kepada pendapat bahawa wanita hanya boleh jadi kuli atau pembantu. Sebaliknya kita tukar persepsi, wanita pun layak jadi ketua dengan ketokohan dan displin yang tinggi. Jangan pandang rendah pada golongan yang daripada dahulu di anaktirikan dalam sesebuah jawatan yang tinggi.4) Mulakan hari kita dengan senyuman
Senyumlah! Kerana senyum adalah satu sedekah yang amat mudah. Senyum juga terapi buat orang di sekeliling kita hinggakan boleh hilang bebanan di hati jika kita lihat orang lain tersenyum. Tak percaya? Cubalah dan tanyakan rakan-rakan kita kebenaran fakta di atas.5) Luangkan sedikit masa untuk bersenam
Lakukan senaman ringan setiap hari terutamanya ketika bangun tidur. Buat senaman tangan dan kaki dalam masa 5 minit boleh menjadikan badan segar dan kita rasa lebih ceria.6) Berbaik sangka dengan semua orang
Elakkan bersangka buruk dan selalu menyalahkan orang lain dengan takdir hidup kita. Jangan pegang pepatah 'talam dua muka' dalam menilai rakan sekerja ataupun teman baik kita. Bila kita buruk sangka, wajah akan muram, hati penuh dendam dan apa tindakan yang kita lakukan biasanya tidak ikhlas. Maka jadilah perbuatan kita semuanya sia-sia, tiada mendapat ganjaran daripadaNya! Fikirkanlah...Beberapa pendapat di atas adalah panduan untuk kita hidup lebih ceria dan menikmati hari-hari yang dilalui dengan lapang dada. Bila kita menikmati kehidupan yang ceria, tidur pun boleh memberi semangat positif kepada diri kita dan orang-orang yang kita sayangi.
Selamat beristirehat, hidup dengan ceria dan happy reading!
2 Comments
jemput meriahkan GA pertama sy ^_^
ReplyDeletehttp://www.khairilmazri.com/2013/04/1st-anniversary-domain.html
t/kasih menjemput. Akan cuba luangkan masa..
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.