Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

10 Khasiat Buah Rambutan

10 Khasiat Buah Rambutan | Rambutan (nama botani: Nephelium Lappaceum L.) adalah sejenis pokok buah saka. Rambutan berasal dari selatan China, Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia dan Sri Lanka. Ia kini banyak ditanam di Asia Tenggara dan sedikit di Sri Lanka, New Guinea, Australia, Amerika dan Afrika.

Rambutan terdapat 3 jenis iaitu rambutan kawin, rambutan gula batu dan rambutan budak sekolah(?).

Putik Rambutan

Pokok rambutan boleh ditanam melalui biji benih ataupun melalui cantuman. Biji benih rambutan adalah jenis rekalsitran. Biji benih rambutan boleh disemai di dalam kotak semaian dan hendaklah dipindahkan ke dalam polibeg berukuran 20 x 25 cm apabila mencapai ketinggian lebih kurang 30 cm. Biji benih juga boleh disemai terus ke dalam polibeg. Rambutan juga biasanya dibiak dengan cara cantuman. Cantuman mata tunas sebaik-baiknya dilakukan apabila saiz pokok penanti sebesar batang pensil dan telah mengeluarkan daun baru.

Hampir semua bahagian dari tanaman rambutan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Mulai dari kulit buah yang boleh digunakan mengatasi radang usus dan demam, kulit kayunya boleh mengatasi ruam dalam mulut, daun rambutan untuk mengatasi cirit birit dan menghitamkan rambut, akar pohon rambutan untuk mengatasi demam dan biji rambutan boleh digunakan untuk mengatasi penyakit kencing manis (diabetes melitus).


10 Khasiat Buah Rambutan


1. Untuk mengubati demam 
Untuk mengubati demam, cuci kulit buah rambutan yang telah dikeringkan sebanyak 15g. Tambahkan tiga gelas air bersih, lalu rebus sampai mendidih selama 15 minit. Setelah sejuk, tapis airnya dan minum tiga kali sehari.

2. Untuk mengubati radang usus
Untuk mengubati radang usus, cuci kulit buah rambutan anggaran 10 biji, potong-potong ikut kesukaan. Tambahkan tiga gelas air bersih, kemudian rebus sampai airnya tinggal separuh. Setelah sejuk, tapis dan minum anggaran dua kali sehari.

3. Biji rambutan untuk mengubati kencing manis
Untuk mengubati kencing manis, sangai (goreng tanpa minyak) 5 biji rambutan, lalu giling sampai menjadi serbuk. Campurkan dengan satu cawan air panas. Setelah sejuk, minum airnya sekaligus. Lakukan 1–2 kali sehari.

4. Daun rambutan untuk menghitamkan rambut
Untuk menghitamkan rambut beruban, cuci daun rambutan secukupnya lalu tumbuk sampai halus. Tambahkan sedikit air sambil dicampur rata sampai menjadi adunan seperti bubur. Perah dan tapis dengan kain bersih. Gunakan air yang terkumpul untuk membasuh rambut. Lakukan setiap hari sampai berhasil.

5. Kulit kayu rambutan untuk mengubati ruam dalam mulut (mata ikan)
Untuk mengubatinya cuci kulit kayu rambutan lebih kurang tiga ruas jari, lalu rebus dengan dua gelas air bersih sampai tinggal satu gelas. Gunakan untuk berkumur selagi airnya masih suam.

6. Sebagai sumber Diet
Setiap 100 gram rambutan mengandung 84 kalori. Jika kita mengikuti program diet 2.000 kalori, rambutan telah menyumbangkan 4.2 peratus kalori harian yang kita perlukan. Jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh adalah berbeza-beza mengikut berat badan, gaya hidup, jenis jantina dan usia.

7. Mengandungi keperluan nutrien harian kita 
Rambutan dikenali sebagai buah yang sangat rendah lemak. Sebagian besar kalori yang dimiliki oleh rambutan berasal dari karbohidrat. Institute of Medicine mencadangkan 130 gram rambutan untuk kegunaan harian kita.

8. Sumber Vitamin
Setiap 100 gram buah rambutan mengandung sekitar 40 persen dari keperluan harian vitamin C yang diperlukan oleh tubuh kita. Selain itu, isi rambutan juga mengandungi sekitar 1 peratus niacin atau juga dikenali sebagai vitamin B3.

9. Mengandungi Mineral
Rambutan sangat kaya dengan zat besi, yang diperlukan untuk mengawal kadar oksigen dalam tubuh. Zat besi membantu mencegah kelelahan dan pening kepala yang disebabkan oleh anemia. Selain itu, isi buah rambutan juga memenuhi 4.3 peratus keperluan fosfor harian pada tubuh. Fosfor membantu kesihatan buah pinggang, serta diperlukan untuk pertumbuhan, pemeliharaan, dan perbaikan semua jaringan dan sel.

10. Ubat herba
Selain manfaat gizi, rambutan juga memiliki kegunaan herba, seperti membunuh parasit usus dan mengurangkan gejala cirit birit. Bahkan, sebahagian orang juga menggunakannya sebagai ubat demam.



Awas!! Kulit kayu biji rambutan yang terlekat pada isi buahnya itu tidak boleh dimakan kerana boleh menyebabkan batuk. Disebabkan itulah, menjadi tugas pembeli untuk memilih kualiti buah rambutan terbaik iaitu isinya lekang dan tidak terlekat pada kulit kayu biji rambutan. Antara rambutan popular ketika ini adalah jenis anak sekolah kerana buah itu mudah dikopek bahagian isi dengan bijinya. ~ aynora.nur


Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. TҺanкs for finally talking ɑbout > "10 Khasiat Buah Rambutan" < Loved it!

    Take a look at my webpage ... How to Gеt a Persоnal Loan with Bad Credit

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close