Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Korea & Sinopsis Jang Ok-Jung, Live For Love

Drama Korea Jang Ok-Jung, Live For Love bakal menggantikan slot 'King of Ambition' yang disiarkan setiap hari Isnin & Selasa pukul 9:55 malam. Drama korea ini berdasarkan karya asal Choi Jung-Mi terbitan Eureka M&B, pada tahun 2008. Drama ini mula membuat penggambarannya pada awal bulan Mac 2013 di Istana Hwaseong Haenggung di Suwon, Korea Selatan.

Drama korea ini bersiaran sebanyak 24 episode.


Sinopsis Drama Korea Jang Ok-Jung, Live For Love 

Siri drama korea ini menyingkap kehidupan yang bergelora dan mencabar Jang Ok-Jung, yang juga dikenali sebagai Lady Jang Hui-Bin iaitu salah seorang gundik raja yang paling terkenal dalam Dinasti Joseon. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang wanita istana yang menjahit pakaian di mana ia dipanggil sebagai pereka fesyen pada masa itu dan juga seorang pembuat mekap.

Disamping itu drama korea Jang Ok-Jung, Live For Love ini juga menceritakan kisah percintaan antara Jang Ok-Jung dengan King Suk Jong.



Dibintangi oleh:
  • Kim Tae Hee sebagai Jang Ok Jung
  • Kang Min Ah sebagai Jang Ok Jung (young)
  • Yoo Ah In sebagai King Sook Jong
  • Chae Sang Woo sebagai King Sook Jong (young)
  • Jae Hee sebagai Hyun Chi Soo
  • Lee Sang Yeob sebagai Dong Pyung Goon
  • Han Seung Yeon sebagai Choi Sook Bin
  • Hong Soo Hyun sebagai Queen In Hyun
  • Sung Dong Il sebagai Jang Hyun
  • Yoon Yoo Sun sebagai Kang’s Wife
  • Kim Seo Ra sebagai Jang Hyung
  • Lee Gun Joo sebagai Eunuch Yang
Untuk para peminat Drama Korea Jang Ok-Jung ini, untuk episode pertama anda boleh klik pada pautan link berikut:



Selamat menonton!

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. jatuh cinta pada dgn drama ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelakon wanitanya memang saya pun minat dari dulu. selamat menonton.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close