Jambatan Millau Jambatan Kabel Tertinggi Di Dunia | MENYUSURI jambatan Millau ibarat terbang di angkasa! Itulah perumpamaan ramai pengguna jambatan kabel tertinggi di dunia itu. Jambatan yang lebih tinggi berbanding Menara Eiffel dan hanya kira-kira 40 meter lebih rendah berbanding Bangunan Empire State di New York, Amerika Syarikat. Ia dirasmikan pada 14 Disember 2004 dan dibuka untuk lalu lintas dua hari selepas itu.
Jambatan yang dibina dengan kos AS$524 juta (RM1.68 bilion) itu adalah sebuah jambatan kabel yang menyeberangi lembah Sungai Tarn, Millau yang terletak di selatan Perancis. Projek pembinaan jambatan ini direka oleh seorang juruteknik jambatan Perancis, Michel Virlogeux dengan kerjasama arkitek Britain, Lord Foster.
Ia memakan masa tiga tahun untuk disiapkan. Keistimewaannya bukanlah semata-mata ketinggiannya, tetapi pemandangan indah yang ditawarkan di lembah di bawahnya. Malah, ketika awan terbentuk, jambatan itu ibarat 'membelah' hamparan dan kepulan-kepulan putih.
Jambatan yang menghubungkan Paris dan Barcelona itu mempunyai tujuh puncak menara dengan masing-masing setinggi 89 meter. Keseluruhan berat binaan tersebut adalah 36,000 tan dan merupakan lebuh raya bertol sepanjang 2.6 kilometer.
Projek Jambatan Millau dibuat untuk menyambut 100 tahun kejuruteraan dan seni bina Perancis selepas kejayaan Menara Eiffel oleh Gustav Eiffel.
Lebih penting, ia dibina untuk memendekkan perjalanan melintasi Sepanyol, Perancis dan Jerman tanpa melalui ibu kota Paris.

Masalah trafik telah lama membelenggu laluan dari Paris ke Sepanyol melalui lembah berdekatan Millau, terutamanya pada musim panas apabila jalan raya sesak dengan orang ramai yang sedang bercuti.
Menurut jurutera projek, jambatan tersebut turut mempunyai jangka hayatnya. Dia menyatakan jambatan itu boleh bertahan selama 120 tahun. Jambatan Millau juga dilengkapi dengan kaca telus yang aerodinamik di mana ia berfungsi melindungi kereta-kereta daripada tiupan angin.
Dalam pada itu, seni bina itu telah memecahkan beberapa rekod pembinaan. Antaranya, adalah rekod menara tertinggi di dunia iaitu setinggi 343 meter dan dek jambatan tertinggi di Eropah setinggi 270 meter di atas Sungai Tarn.
Ia hampir dua kali ganda ketinggi Jambatan Europabrucke di Austria iaitu 267 meter di atas New River.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0628&pub=Kosmo&sec=Horizon&pg=ho_03.htm#ixzz2UX1qfE8D
2 Comments
wah menarik...thanks for sharing dear...
ReplyDeletethank Farah..
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.