Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Hilangkan Jeragat Di Muka

Cara Hilangkan Jeragat Di Muka | Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya akan tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat selain menjejaskan penampilan. Jeragat juga dikenali sebagai tompok hitam. pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok dibeberapa bahagian badan, wajah dan leher.

Selain daripada itu, jeragat boleh juga muncul disebabkan kekurangan nutrien (terjadi apabila usia makin meningkat/ faktor genetik), pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.

Namun begitu, kita boleh merawat jeragat dengan pelbagai kaedah tradisional yang agak murah kosnya dan boleh dilakukan bila-bila masa.



Cara Hilangkan Jeragat 

1) Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga sebati. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

2) Sapukan kulit pisang berangan ke kawasan muka yang berjeragat. Biarkan selama 5 minit dan kemudian bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan setiap hari untuk lebih berkesan.


3) Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk pes (cair seperti krim muka). Sapukan ke seluruh muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kebersihan wajah kita.

4) Ambil hampas kelapa dan gosokkan ke muka (seperti mencuci muka). Biarkan lebih kurang 10 - 15 minit. Boleh diamalkan selalu agar kulit muka lebih halus dan putih.

5) Ambil 2 inci daun betik, 1 gengam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam beras dengan air semalaman. Setelah kembang, tumbuk atau kisar dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Kemudian sapukan ke seluruh muka, biarkan ia kering hingga 20 minit.

Saya pernah mencuba petua nombor 2 & 4 kerana barang-barang tersebut sentiasa ada dan mudah didapati.  Alhamdulillah, hasilnya memang berbaloi, wajah lebih licin dan jeragat semakin berkurangan.

Selamat mencuba!

Read More ....


Post a Comment

8 Comments

  1. tq share..byk jugak petua..leh try salah satu

    ReplyDelete
  2. wah.. bgus petua ni... tapi antara rajin dgn tak je.. ehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling malas pun, cubalah yang guna kulit pisang berangan tu, pasti jadi!

      Delete
  3. berkesan ke cara kulit pisang tu

    ReplyDelete
  4. Good info :)

    jemput join > http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close