Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Kecilkan Lengan Berlemak?

Cara Kecilkan Lengan Berlemak? | Saya terbaca salah satu artikel Kevin Zahri tentang cara-cara mengecilkan lengan. Kadangkala badan taklah gemuk sangat tetapi lengan pula terlebih saiz menyebabkan ukuran baju selalu tak 'ngam'. Menurut Kevin lagi, untuk kecilkan lengan sahaja tidak mungkin kerana apabila kita bersenam seluruh tubuh akan mendapat kesannya. Jadi apa cara yang terbaik untuk kecilkan lengan? 



Kita boleh kurangkan lemak melalui kalori defisit. Itulah satu-satunya cara untuk mengurangkan lemak pada lengan atau mana-mana bahagian badan. Ingat kita tidak boleh buang lemak pada satu-satu bahagian jadi ia adalah proses yang menyeluruh. Kalori defisit adalah keadaan dimana pengambilan kalori (pemakanan) tidak melebihi pengeluaran (aktiviti harian, termasuk senaman)

Contoh: 

Kalau pengambilan kalori melalui makanan adalah 2,000 kalori tapi output kalori adalah 2,400 – maka adanya defisit kalori sebanyak 400. 400 kalori itu akan dibakar atau diambil daripada lemak simpanan badan. Adakah di akan bakar 400 kalori itu daripada lemak lengan? Tak semestinya. Kita tidak boleh memaksa badan tapi apa yang anda boleh lakukan? Terus amalkan defisit kalori untuk membakar lemak. Lama-kelamaaan, ia akan membakar lemak pada bahagian lengan tangan juga.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close