Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dosa Itu Ancaman Iman

Dosa Itu Ancaman Iman | Saya selalu percaya bahawa apabila kita melakukan pekerjaan yang baik-baik, maka iman pada saat itu pasti sedang berbunga-bunga. Maksud saya, pasti jiwa kita terasa tenang dalam bahagia kerana kita tahu ALLAH SWT sukakan segala kebaikan.

Maka, iman juga dalam keadaan baik. Insyaallah.

Tapi, ada sesuatu yang menjadi ancaman kepada iman kita yang senipis kulit bawang ini… dosa. Ya, dosa. Ketika kita melakukan maksiat serta keingkaran kepada ALLAH SWT, maka saat itulah iman terancam. Bahkan hakikatnya, kita telah mengkhianati kepercayaan DIA.

Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya. Itulah karat yang disebut ALLAH di dalam kitab-NYA: “Sesekali tidak. Sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan (menutup) hati mereka.” (Surah Al- Mutoffifin ayat 14).” – HR. Al-Baihaqi.

Jika kita rasa bersalah selepas melakukan sesuatu dosa, maka itu tandanya iman masih membekas di dada. Walaupun iman itu tidak cukup kuat untuk mencegah kita daripada melakukannya. Iman kita ini perlu dibaja dan semai sebaiknya. Maka, ia akan berbunga cantik, menyedapkan mata. 

 

Artikel di atas saya ambil dari SinarHarian kerana kandungannya yang padat tetapi penuh makna buat renungan bersama. Ia adalah antara intipati buku ALLAH TIDAK PERNAH JAUH tulisan Suhana Amiril. 

Semuanya sekadar renungan.....untuk hati-hati yang mendamba ampunNya!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close