Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Panduan Berpuasa Dengan Sempurna

Apakah Maksud Puasa? Jika ikut kefahaman kita secara umum dan sering kita jawab pada anak-anak yang masih kecil, puasa maknanya menahan diri dari lapar dan dahaga. Tak boleh makan ataupun minum.

Tetapi, puasa luas maksudnya. Takrifan puasa ini saya ambil dari blog ini. Puasa dalam bahasa Arab disebut “shoum” atau “shiyam” . Kata al Raghib: “Shoum” pada asalnya bermakna menahan diri dari perbuatan samada makan, bercakap atau berjalan. Justeru dikatakan kepada kuda yang enggan berjalan atau makan “sho’im” (yang berpuasa). “Shoum” juga digunakan untuk diam atau enggan bercakap.

Manakala, puasa menurut istilah syara’ membawa maksud khusus iaitu: “menahan diri dari perkara khusus ( syahwat kemaluan iaitu bersetubuh dan perut iaitu makan dan minum, dan semua yang membatalkan puasa ) yang dilakukan oleh seorang yang dikhususkan ( muslim atau muslimah yang bersih dari haid dan nifas ) pada masa yang khusus ( bermula keluarnya fajar hingga terbenamnya matahari ) dengan sifat yang khusus ( dengan niat ibadat untuk mendapat perkenan Allah swt ).


Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, agar kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.



Panduan Berpuasa Dengan Sempurna 


1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.

2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.

3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud:"Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram." (Surah Al-Maidah:42)

4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Perkongsian di atas adalah sebagai peringatan kepada kita semua. Semoga kita boleh menyampaikannya kepada anak-anak kita secara tepat dan dapat mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna.


Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close