Mulai hari ini dan esok umat islam seluruh dunia menyambut Ramadan al-Mubarak 1434H. Maka dengan itu, marilah sama-sama kita istiqamah berpuasa mengikut syariat.
Namun begitu ada beberapa negara yang menyambut awal ramadan pada hari ini (9/7/2013) dan bakinya menyambut ramadan pada 10 Julai.
1) Di benua Amerika, penduduk Islam di 35 negara, 27 negara Afrika dan satu di Oceania mula berpuasa hari ini kerana anak bulan sudah dilihat.
2) Bagi umat Islam di 44 negara di Asia, 47 negara di Eropah, 27 lagi di Afrika dan 14 di Oceania akan mula menyambut Ramadan esok (Rabu), menurut laman web Makkah Calendar.
3) Planetarium Sharjah di Jabatan Kebudayaan dan Penerangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan, anak bulan Ramadan terbentuk pada jam 11.14 pagi semalam dan kelihatan pada jam 7.08 malam, lima minit sebelum matahari terbenam.
4) Anak bulan itu juga akan kelihatan pada 9 Julai petang. Justeru, hari pertama Ramadan jatuh pada 10 Julai dari segi astronomi, bersamaan dengan 1 Ramadan 1434 Hijrah.
5) Juga diumumkan bahawa anak bulan Syawal akan muncul pada 7 Ogos jam 12.51 pagi serta kelihatan ketika matahari terbenam, menjadikannya sukar untuk dilihat, sekali gus melengkapkan hari terakhir Ramadan sebanyak 30 hari.
6) Syawal dijangka jatuh pada 9 Ogos. Justeru, hari pertama Syawal atau Hari Raya Aidilfitri secara astronomi akan jatuh pada hari Jumaat 9 Ogos.
7) Tarikh menyambut Ramadan juga berbeza untuk setiap negara. Tarikh yang diberi juga berdasarkan tarikh diambil kira Majlis Fiqah Amerika Utara untuk sambutan Ramadan. Bagaimanapun, ia berasaskan pengiraan astronomi dan bukan melihat anak bulan. Pendekatan itu diterima ramai, namun masih hangat diperdebatkan.
8) Di Jakarta, walaupun menjangka Ramadan jatuh pada 10 Julai, organisasi terbesar Islam Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU) mengesahkan bahawa penetapan rasmi masih menunggu kedudukan anak bulan, yang dilakukan semalam. NU akan terus menggunakan kaedah pemerhatian rukyah untuk mengenal pasti bila Ramadan bermula untuk pengikutnya, kata ketua lembaga astronomi, A Ghazalie Masroeri.
9) Untuk membuat satu keputusan akhir, organisasi itu akan menjalankan pemerhatian akhir anak bulan dari 90 kawasan strategik di seluruh negara kepulauan ini, disokong 110 individu yang layak, bersama ulama dan pakar Islam lain. - AGENSI

2 Comments
selamat menjalani ibadah puasa... ^_*
ReplyDeletet/kasih Farah. Salam ramadan kepada awak..
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.