Cara Berhenti Merokok - Rokok membahayakan kesihatan. Hampir 4.6 juta perokok di Malaysia dan 8 peratus daripadanya adalah golongan remaja. Nampak tak figure yang saya tulis tu, banyak kan? Sebab itu negara pengeluar tembakau semakin kaya. Menurut kajian Pusat racun negara beberapa tahun lalu, menunjukkan kadar merokok di kalangan Melayu Islam adalah tertinggi iaitu 27.2 peratus berbanding Cina 16.7 peratus dan India 15.6 peratus.
Ingatlah, rokok adalah pembunuh nombor satu di dunia!
Cara Berhenti Merokok
Tanamkan azam untuk berhenti merokok
Jika pada awal tahun kita cipta pelbagai azam tahun baru, mengapa tidak kita selitkan salah satu azam untuk berhenti merokok. Setelah wujud semangat tinggi maka berpeganglah dan berdisplin mematuhi azam tersebut.Berhenti merokok secara berperingkat
Sesuatu benda yang telah jadi tabiat memang sukar untuk dibuang. Begitu juga dengan orang yang merokok. Buat secara berperingkat dan perlahan-lahan tetapi dengan usaha yang berterusan.Kenalpasti waktu anda kuat merokok
Biasanya perokok akan menghisap rokok sebaik sahaja mereka selesai makan. Kadangkala perokok akan melakukannya ketika berasa stress, membuat kerja yang memerlukan daya fikir yang tinggi dan banyak keadaan lagi. Jadi, untuk menghindari ketagihan tersebut, sediakan gula-gula ataupun buah-buahan yang mudah dimakan seperti epal atau limau.Tahan keinginan untuk merokok
Ketika keinginan untuk merokok datang secara tiba-tiba, cuba bayangkan anda berada di kawasan larangan merokok. Ataupun, hormati dan sayangi ahli keluarga dan anak kecil di sekeliling anda!Lakukan rutin senaman harian
Dengan bersenam juga dapat menghindari ketagihan merokok. Lakukan senaman secara rutin terutamanya pada ketika anda menghadapi tekanan yang banyak daripada kerja ataupun masalah-masalah lain.Sokongan daripada rakan dan keluarga
Keluarga dan rakan terdekat adalah golongan yang amat berpengaruh dalam hidup kita. Dapatkan sokongan dan kata-kata motivasi daripada mereka agar hidup anda lebih ceria tanpa rokok!Dapatkan nasihat pakar
Akhir sekali, dapatkan nasihat daripada doktor dan orang yang benar-benar pakar bagi mengatasi masalah anda. Katakan yang anda berazam mahu berhenti merokok. In sha Allah mereka akan membantu dengan memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bagi.Ingatlah, rokok adalah pembunuh nombor satu di dunia!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.