Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Golongan Yang Berhak Terima Zakat

Indahnya Ramadan... | Ramadan datang dan pergi dan datang lagi kali ini dengan penuh senyuman. Setelah kejayaan lalu menjadi pendamping perjalanan, kini aku semakin yakin hanya ini JALAN terbaik yang DIA kurniakan buat hamba-hambanya.

Bertambah manis ramadan kali ini kerana kamu memang manis menemani petang hariku dan mengiring penghujung malamku dengan setia.

Berbukalah kamu dengan buah kurma kerana ia sesungguhnya berkah bagi kamu sekeluarga.


 

Setelah cukup menghabiskan puasa ramadan, jangan lupa tanggungjawab sebagai muslim untuk membayar zakat bagi membantu golongan yang memerlukan. 

8 Golongan Asnaf Yang Berhak Menerima Wang Zakat

Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:

1. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
3. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
4. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
5. Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
6. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
7. Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan

Selain dari golongan 8 asnaf di atas, mereka yang lain TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.


Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close