Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Strawberi Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Strawberi  - Strawberi bukan sahaja cantik buahnya, tapi banyak juga khasiat. Pelbagai makanan dan minuman berasaskan strawberi boleh dihasilkan. Strawberi sejenis buah herba yang rata-ratanya memiliki 200 biji kecil. Ada sekitar 700 jenis strawberi. Salah satu jenis spesiesnya bernama Fragaria Chiloensis L. Jenis ini yang banyak terdapat di negara Amerika, Eropah dan Asia.

Gambar buah strawberi

Warna merah pada strawberi masak ada khasiatnya. Warna merah itu kerana ia kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.



Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.


Pokok Strawberi


Daun strawberi juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent. Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit. Keperluan harian vitamin C orang dewasa dapat dicukupi oleh lapan buah strawberi (98mg). Keperluan serat juga sekali gus boleh dipenuhi.

Hati-hati dalam menyimpan buah ini, kerana strawberi yang sudah mulai busuk dapat menular dengan sangat cepat ke strawberi lain yang disimpan bersama. Strawberi biasanya dapat tahan empat hari tetapi di dalam peti ais, kalau kena caranya, boleh tahan sehingga sebulan. Atur buah secara satu-satu terpisah, lalu bekukan. Setelah beku, siram dengan air dan masukkan ke dalam plastik, dan dibekukan kembali.

Khasiat Buah Strawberi Untuk Kesihatan


Dari segi kesihatan, kandungan nutrisi yang dimiliki Strawberi ini sangat baik untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit, di antaranya:

1. Arthritis

Dalam kes ini otot akan menjadi lemah, lebih kecil dan kering. Racun yang kemudian lebih mudah tersebar dan memenuhi ruangan pada otot. Dengan mengambil Strawberry secara teratur, unsur anti oksidan yang terkandung di dalamnya akan menekan bahaya penyempitan otot tersebut. Racun yang ada di dalam otot kemudian ditendang keluar dan perlahan-lahan otot kembali dapat bernafas dengan lega.

2. Kanser

Oleh kerana buah strawberri mengandung unsur anti oksidan sudah tentu buah ini dapat membantu memerangi dan mencegah perkembangan sel kanser.

3. Kesihatan mata

Usia dan nutrisi yang diambil oleh tubuh badan akan mempengaruhi kondisi kesihatan mata. Namun dengan adanya zat anti oksidan ini dapat memerangi radikal bebas, tentunya penuaan akan dapat dicegah.

4. Kerosakan Fungsi Otak

Makanan dan persekitaran membantu penyebaran radikal bebas yang mengancam tubuh, radikal bebas tidak hanya menyebabkan penuaan, namun ia juga mengancam fungsi otak. Namun dengan adanya vitamin C dan fitonutrient tadi hal tersebut dapat dicegah.

5. Tekanan darah tinggi

Strawberry mengandungi potasium dan zat besi yang tinggi, oleh itu ia sangat efektif menekan tekanan darah tinggi dan membuatnya lebih seimbang kembali.

6. Penyakit jantung

Kerana kandungan serat yang tinggi, folat, vitamin C dan anti oksidan, Strawberry sangat efektif mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh, dan mencegah penyakit jantung.



Kredit 1

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. memang manis dan sedap kalau makan strawberi di tanah tinggi cameren, bila bwak balik rumah, turun ja dari tanah tinggi ,jadi masam. hehe

    ReplyDelete
  2. klu lah kat sini senang nak dapat dan harganya pun ok , mmg nak mkn strawberi jer la ...

    ReplyDelete
  3. Teringin pula nak makan buah strawberi! Hehehe

    Forex trading boleh berjaya bila ada mentor mudahnya saham boleh bantu.

    ReplyDelete
  4. Blog Influencer Malaysia, beriklan secara percuma dengan kami di Femes Malaysia

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close