Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar - Apakah yang dimaksudkan dengan Lailatul Qadar? Lailatul Qadar (Bahasa Arab: لیلة القدر) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan. (Sumber wikipedia)
Malam lailatul qadar. Malam istimewa untuk orang yang istimewa juga, di sisi Allah SWT. Sesiapa yang menerima dan merasai serta melalui malam lailatul qadar, pasti hidupnya akan berubah daripada baik kepada yang lebih baik. Rezeki setiap orang berbeza, maka selayaknya kita berdoa agar dipertemukan dengan malam lailatul qadar iaitu malam terbaik dari 1000 bulan!
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad SAW lailatul Qadar adalah malam yang berlaku pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.
Ada terdapat beberapa pendapat mengenai bilakah malam lailatul qadar berlaku? Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari-berikut:-
Pendapat para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr; Ayat 1-5)
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad SAW lailatul Qadar adalah malam yang berlaku pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.
Ada terdapat beberapa pendapat mengenai bilakah malam lailatul qadar berlaku? Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari-berikut:-
- Ahad atau Rabu, malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
- Isnin - 21 Ramadhan
- Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan
- Khamis - 25 Ramadhan
- Sabtu - 23 Ramadhan
Tanda-tanda Lailatul Qadar
- Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
- Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
- Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
2 Comments
Semoga kita semua melebihkan amalan. banyak masjid2 ada membuat qiamullail dan pelbagai aktiviti pada 10 malam terakhir ini, bagus ambil peluang ini sebaiknya.
ReplyDeletememang kena tingkatkan amalan pada 10 malam terakhir ini.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.