Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

7 Rahsia Kelebihan 3 Bulan Berhenti Merokok

7 Rahsia Kelebihan 3 Bulan Berhenti Merokok - Siapa yang tidak mahu sihat? Apabila kita menjalani kehidupan yang sihat, in sha Allah orang sekeliling kita ikut gembira. Bukankah kehidupan ini milik semua orang yang inginkan kejayaan dan kesihatan berjalan seiringan?

Tiada orang sengaja menempah sakit, betul tak?


Rahsia Kelebihan 3 Bulan Berhenti Merokok


1) Selepas beberapa jam sistem peredaran darah akan mulai bersih daripada bahan nikotin. Dalam tempoh 2 hari, hasil sampingan bahan nikotin akan lenyap dari badan.

2) Selepas 6 jam, nadi akan lebih perlahan ke paras yang lebih normal dan tekanan darah akan menurun sedikit. Ini amat baik untuk jantung anda.

3) Selepas 24 jam, karbon monoksida iaitu salah satu jenis gas beracun akan mula lenyap dari tubuh, membolehkan lebih banyak oksigen diserap oleh sel-sel dalam tubuh. Paru-paru akan dapat berfungsi dengan lebih baik.

4) Selepas 2 hari, deria rasa pada lidah akan bertambah baik. Anda akan dapat menikmati kelazatan makanan, lebih dibandingkan semasa anda merokok. Deria menghidu akan pulih seperti sediakala. Gigi, rambut, jari, pakaian dan nafas akan menjadi lebih bersih.

5) Selepas beberapa minggu, silia dalam saluran pernafasan yang berfungsi membersihkan bahan-bahan kotoran seperti habuk, debu dan sebagainya akan kembali pulih dan paru-paru dapat berfungsi dengan lebih baik.

6) Selepas 2 bulan, peredaran darah ke seluruh tubuh terutama ke bahagian periferi seperti jejari tangan dan kaki mejadi lebih efisien.

7) Selepas 3 bulan, kedua-dua lelaki mahupun wanita menjadi lebih subur.

Sebenarnya ada banyak lagi rahsia kelebihan berhenti merokok ni, bukan sahaja tubuh badan cergas tetapi wajah lebih ceria dan berseri. Jom! Amalkan hidup sihat...(ingatan pada orang terdekat kita juga...)

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Dah seminggu berhenti rokok,. Insyallah nk tekad terus berhenti...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close