Cara-Cara Mengatasi Kegagalan - Tentu kita pernah dengar putaran hidup ibarat roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah. Jika dahulu kitalah bos, mana tahu bulan berganti tahun, kuli pula yang jadi bos kita. Begitulah hidup dan kehidupannya...
Jika pernah gagal, jangan terus berputus asa. Kita tidak tahu apa yang tersembunyi di sebalik kegagalan itu. Semua orang percaya dan optimis, setiap kegagalan adalah tangga dan batu lonjakan untuk kita mengecapi kemanisan kejayaan pula.
Setiap kegagalan yang menimpa seseorang maka mahu atau tidak kita terpaksa untuk berfikir. Berfikiran terbuka dan secara positif menerima kegagalan tersebut. Tinggal kita mampu atau tidak mengambil iktibar daripada kegagalan tersebut.
Apakah anda rasa orang-orang berpengaruh yang terkenal itu tidak mengalami kegagalan. Mereka semua pernah gagal dalam hidup tetapi kesanggupan menerima kegagalan itulah yang menjadikan mereka kuat.
Dan berpegang pada prinsip bahawa kegagalan itu merupakan peristiwa yang memalukan. Bukanlah bermakna bila gagal kita menjadi malu pada orang lain sebaliknya malulah pada diri sendiri. Bangkitkan perasaan keinginan diri untuk berjaya mengatasi segala rintangan.
Kita harus percaya bahawa setiap persoalan itu pasti ada jalan keluarnya. Itulah hukum alam, gagal hari ini tidak bermaksud gagal selama-lamanya.
Apabila mengalami kegagalan, maka orang sering mengeluh, bahwa semua adalah nasib, semuanya adalah takdir dari Tuhan. Orang-orang seperti inilah yang dapat digolongkan dengan manusia yang berjiwa lemah. Mereka hanya tahu menyesal, dan penyesalan tak ada hujungnya sama sekali. Mereka mengeluh tapi tanpa usaha.
Kegagalan memang sentiasa ada dimana-mana tetapi janganlah cepat berputus asa. Jangan hidup dirundung kesedihan. Bangunlah melangkah dengan kuat dan berusaha semula setapak demi setapak. Oleh sebab itu hendaklah kita bersabar, berusaha, serta berdoa kepada-Nya. Selain itu, kita harus menanamkan tekad di dalam diri kita untukbangkit dan mencuba terus mencuba lagi.
Ambil hikmah dari kegagalan, anggaplah bahwa kegagalan hanyalah pelajaran yang sangat berharga dengan guru yang buruk. Pelajari kegagalan sebagai anak tangga menuju kejayaan. Pada akhirnya, yang akan kita ingat bukanlah seberapa banyak kegagalan yang terjadi. Melainkan kejayaan yang terasa begitu indahnya, begitu manis; kerana kita pernah menelan pil pahit kegagalan. Begitulah putaran kehidupan.
Bila di dalam kehidupan kita tetap teguh pada pendirian dan percaya diri, in sha Allah kita tidak akan mudah tergugat dengan cabaran yang datang. Namun bila manusia tidak percaya pada dirinya sendiri, maka mudahlah terpengaruh oleh hasutan orang lain.
Jika anda percaya dengan keputusan yang anda buat, berpegang teguhlah kepadanya. Petua kejayaan jutawan ulung adalah kerana mereka percayakan pada diri sendiri.
Biarkan orang tahu kemampuan anda. Jangan takut untuk bercampur gaul dengan orang yang berjaya. Fikirkanlah bahawa kesempatan dan peluang hanya datang sekali. Ubahlah paradigm anda. Bukan kesempatan yang menghampiri anda, tapi andalah yang seharusnya menghampiri kesempatan. Bergaul seluas-luasnya adalah satu cara untuk mendapat kesempatan kedua, ketiga dan seterusnya.
Kita tidak boleh pasrah sebelum menemukan segala segi dari kegagalan itu. Atasilah segala sebab kegagalan secara menyeluruh. Fikirkan masalah itu matang-matang dengan daya cipta yang kreatif.
Seberapa besar kegagalan yang dialami, tetaplah bersemangat untuk menghadapi hidup. Anda bukanlah yang pertama yang pernah merasakan kegagalan. Kegagalan boleh menimpa setiap orang. Pacu semangat dengan melakukan kegiatan-kegiatan berkualiti dan kalau boleh, banyakkan masa bersama keluarga. Keluarga adalah insan terdekat yang amat memahami kita.
Cubalah meminta bantuan pengalaman dan pendapat daripada mereka. Mintalah pertolongan mereka ketika memerlukan. Ambillah manfaat dari orang-orang yang pernah menghadapi masalah yang sama.
Semoga dengan senarai cara-cara mengatasi kegagalan di atas, dapat membantu kita dan anda di luar sana agar tidak berputus harap apabila ditimpa kegagalan.

Cara-cara Mengatasi Kegagalan
1. Bersikap Optimis

2. Jangan putus asa
Apabila mengalami kegagalan, maka orang sering mengeluh, bahwa semua adalah nasib, semuanya adalah takdir dari Tuhan. Orang-orang seperti inilah yang dapat digolongkan dengan manusia yang berjiwa lemah. Mereka hanya tahu menyesal, dan penyesalan tak ada hujungnya sama sekali. Mereka mengeluh tapi tanpa usaha.
Bukankah Allah telah berfirman bahwa Allah tak akan merubah nasib suatu kaum apabila kaum itu tidak mahu berubah sendiri.
3. Kenalpasti Punca kegagalan
Kenal pasti apakah jenis kegagalan anda. Gagal dalam pelajaran? Gagal dalam perniagaan? Gagal menambat hati orang? Dan sebagainya. Apabila sudah tahu punca kegagalan tersebut, jangan ulangi perbuatan yang sia-sia tersebut.4. Berdoa dan bertawakal
Kegagalan memang sentiasa ada dimana-mana tetapi janganlah cepat berputus asa. Jangan hidup dirundung kesedihan. Bangunlah melangkah dengan kuat dan berusaha semula setapak demi setapak. Oleh sebab itu hendaklah kita bersabar, berusaha, serta berdoa kepada-Nya. Selain itu, kita harus menanamkan tekad di dalam diri kita untukbangkit dan mencuba terus mencuba lagi.
Ambil hikmah dari kegagalan, anggaplah bahwa kegagalan hanyalah pelajaran yang sangat berharga dengan guru yang buruk. Pelajari kegagalan sebagai anak tangga menuju kejayaan. Pada akhirnya, yang akan kita ingat bukanlah seberapa banyak kegagalan yang terjadi. Melainkan kejayaan yang terasa begitu indahnya, begitu manis; kerana kita pernah menelan pil pahit kegagalan. Begitulah putaran kehidupan.
5. Percaya pada diri sendiri
Bila di dalam kehidupan kita tetap teguh pada pendirian dan percaya diri, in sha Allah kita tidak akan mudah tergugat dengan cabaran yang datang. Namun bila manusia tidak percaya pada dirinya sendiri, maka mudahlah terpengaruh oleh hasutan orang lain.
Jika anda percaya dengan keputusan yang anda buat, berpegang teguhlah kepadanya. Petua kejayaan jutawan ulung adalah kerana mereka percayakan pada diri sendiri.
6. Berkawan dengan orang yang berjaya
Biarkan orang tahu kemampuan anda. Jangan takut untuk bercampur gaul dengan orang yang berjaya. Fikirkanlah bahawa kesempatan dan peluang hanya datang sekali. Ubahlah paradigm anda. Bukan kesempatan yang menghampiri anda, tapi andalah yang seharusnya menghampiri kesempatan. Bergaul seluas-luasnya adalah satu cara untuk mendapat kesempatan kedua, ketiga dan seterusnya.
Kita tidak boleh pasrah sebelum menemukan segala segi dari kegagalan itu. Atasilah segala sebab kegagalan secara menyeluruh. Fikirkan masalah itu matang-matang dengan daya cipta yang kreatif.
7. Jangan lupakan keluarga
Seberapa besar kegagalan yang dialami, tetaplah bersemangat untuk menghadapi hidup. Anda bukanlah yang pertama yang pernah merasakan kegagalan. Kegagalan boleh menimpa setiap orang. Pacu semangat dengan melakukan kegiatan-kegiatan berkualiti dan kalau boleh, banyakkan masa bersama keluarga. Keluarga adalah insan terdekat yang amat memahami kita.
Cubalah meminta bantuan pengalaman dan pendapat daripada mereka. Mintalah pertolongan mereka ketika memerlukan. Ambillah manfaat dari orang-orang yang pernah menghadapi masalah yang sama.
Semoga dengan senarai cara-cara mengatasi kegagalan di atas, dapat membantu kita dan anda di luar sana agar tidak berputus harap apabila ditimpa kegagalan.
2 Comments
nice sharing dan jangan pernah mengaku kalah sebelum tamat berjuang kan? ^_^
ReplyDeletebetul Farah, bangkit semula setelah gagal adalah orang yang tidak gagal!
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.