Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rahsia Maksud Hari Dalam Islam

Rahsia Maksud Hari Dalam Islam - Dalam seminggu ada tujuh hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Walau ada tujuh hari dalam seminggu, kita masih rasa tak cukup juga untuk melakukan apa yang kita suka ataupun membahagikan masa dengan keluarga tercinta. Masa itu emas. Sebab itu kita sebenarnya kena mengejar masa dan bijak mengeksploitasi masa yang kita ada.

Dan ingat ya, gunakanlah masa yang ada untuk kebaikan dan menuju jalan yang benar. Sesungguhnya! Manusia itu dalam kerugian. Sebagaimana firman Allah;


  

Rahsia Maksud Hari Dalam Islam


Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, Sabda Nabi:~

Jumaat - Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.

Sabtu - Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.

Ahad - Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.

Isnin - Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.

Selasa - Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.

Rabu - Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.

Khamis - Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.


Setelah kita mengetahui rahsia maksud hari sebagaimana digariskan dalam islam, jadikanlah ia sebagai panduan untuk kita melakukan sesuatu lebih terancang dan kepada perkara-perkara yang afdal.

Wallahua'lam...

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close