Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Bergedil Kentang Ringkas

Resepi Bergedil Kentang Ringkas - Ini antara kisah-kisah hari raya kami sekeluarga yang tak habis-habis lagi. Iya lah kan, raya kan sebulan. Ini kisahnya kami buat mi soto makan dengan bergedil kentang. Oleh kerana dah bosan dengan daging dan ayam ketika raya, maka kami bercadang buat bergedil kentang sahaja.

Lebih mudah dan ringkas, betul tak?

Resepi Bergedil Kentang Ringkas


Ehsan Google

Bahan-bahan:

500 gm kentang
1 /2 cawan bawang goreng
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 batang daun sup ~ di mayam halus
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng.

Cara penyediaan:

1. Buang kulit kentang, bersihkan dan hiris. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek kentang semasa masih panas sehingga hancur.

  


2. Satukan kentang, bawang goreng, daun sup, lada sulah & garam secukup rasa. Gaul rata.



  

  

3. Ambil sedikit adunan, kepal-kepalkan menjadi bulat dan leperkan sedikit. Buat sehingga habis.



5. Pukul telur, kemudian celupkan adunan yang telah dileperkan tadi dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan minyak.

Yummy!! Licin semua bergedil kentang yang ringkas dan mudah ni. Jadi kegemaran semua sewaktu hari raya tempohari.

Selamat mencuba!

Read More ....


Post a Comment

6 Comments

  1. wah, bergedil kentang makan dengan soto, sedap sangat ni..kl menu ni, org KL kena turun beraya JB macam ni..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dik memang mengancam, menu hari tu dah boring sangat mkn daging

      Delete
  2. ouhh sedapnye begedil..salam kenal ;)
    meh singgh http://ceritasitelingabulat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. sedapnya begedil... makan gitu pun sodap..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul! budak2 pun suka, nak makan pun senang

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close