Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis Drama Korea Good Doctor

Sinopsis Drama Korea Good Doctor - Bagi peminat siri kedoktoran dan cerita-cerita yang seumpamanya, saluran KBS Astro HD 391 membawakan drama korea bertajuk Good Doctor. Ia sebuah drama yang bagus jika kita boleh menonton sambil mendapatkan ilmu dalam bidang perubatan. Banyak terma perubatan yang digunakan dan diberikan penjelasan sesuatu ubat dengan penyakitnya. Bagus, kan?

Sinopsis Drama Korea Good Doctor




Ketika kanak-kanak, Park Shi On (Joo Won) telah dihantar ke pusat jagaan khas apabila beliau didapati memiliki kepandaian yang luarbiasa walaupun beliau mengalami autisme disorder. Ditambah dengan daya ingatan yang tinggi dan kemahiran memanipulasi angka dan bentuk (spatial ability), akhirnya Park Shion berjaya tinggal di kawasan penempatan pediatrik. Disana Park Shion berkembang menjadi pakar bedah yang disegani.

Walaubagaimanapun, pembangunan mental dan emosi Park Shion seolah-olah tersekat pada usia beliau 10 tahun, yang menimbulkan pelbagai konflik di dalam dan luar bilik pembedahan terutamanya dengan pakar bedah yang panas baran bernama Kim Do Han (Joo Sang-wook).

Disebalik rasa geram dan marah rakan-rakannya, Park Shion mendapat layanan sama rata daripada Cha Yoon Seo (Moon Chae-won) dan Han Jin Wook (Kim Yeong-kwang), yang mempercayai kebolehannya.

Disebalik drama korea Good Doctor, ia adalah kisah kekejaman dan persaingan dunia manusia yang telah matang. Kita tidak boleh memaksa seseorang untuk membesar tanpa membantunya membesar!


Info Drama Korea Good Doctor


Episod: 20 
Waktu Siaran: Isnin - Selasa 9:55 malam
Genre: Drama Medical, Romantik
Ditulis Oleh: Park Jae-bum
Pengarah: Ki Min-soo, Kim Jin-woo
Dibintangi oleh: Joo Won, Moon Chae-won, Joo Sang-wook

Selamat menonton drama hebat ini!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close