Tips Diet Hari Raya Yang Mudah - Salam lebaran buat semua. Apabila menjelangnya hari raya kita tak dapat lari daripada kerja baru yang amat menyeronokkan iaitu 'kerja menghabiskan makanan dan menggemukkan badan' namanya...hehe
Oleh kerana zaman dah berubah dan kesihatan adalah kekayaan yang tidak ternilai harganya, maka marilah sama-sama kita amalkan diet sihat di hari raya dengan kaedah simple di bawah.
Bukan anda sorang saja yang risau bila menghadapi juadah yang enak-enak, tetapi saya juga tidak ketinggalan. Bila dah kenyang, mata asyik nak terpejam, betul tak? Kena tahu tips diet di hari raya!
Namun begitu saya nak bagi semangat pada korang semua. Di bawah dikongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda untuk kekal sihat semasa hari raya Aidilfitri:
Cuba ambil masa beberapa saat untuk melihat semua makanan sebelum membuat keputusan untuk memilih makanan yang anda ingin makan. Dengan cara ini, boleh membantu anda untuk mengambil jumlah setiap makanan yang anda inginkan secara terkawal. Kebiasaannya pelbagai jenis makanan yang dihidangkan semasa hari raya Aidilfitri seperti rendang, ketupat, rendah, dan 1001 macam jenis kuih raya. Seterusnya, dengan makan makanan dalam jumlah yang sederhana dan terkawal, ia akan memberi peluang kepada sistem penghadaman badan anda untuk terus berfungsi dengan baik sepanjang Aidilfitri nanti.
Dalam keghairahan untuk mencuba semua jenis hidangan hari raya yang tersedia, anda dinasihatkan untuk tidak lupa minum air dengan cukup dan mengambil makanan yang kaya dengan fiber. Ini adalah untuk mengelakkan anda mengalami masalah sembelit semasa hari raya. Tentu tidak seronok, bukan? Orang lain bergembira bertemu sanak saudara di hari raya, tetapi anda ter’perangkap’ di dalam tandas sepanjang hari.
Macam mana ni? Kebanyakan biskut raya manis-manis belaka dan berlemak dan tidak kurang juga mengandungi kandungan garam yang tinggi. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan seperti ini. Selain itu, tidak kurang juga hidangan minuman bikarbonat seperti coca-cola merupakan minuman yang popular di hari raya. Anda perlu ingat, kandungan gula dan kafein di dalam air bikarbonat adalah sangat tinggi. Oleh itu, tidak salah jika anda minum setengah gelas air coca-cola, dan kemudian segelas air kosong sekiranya anda masih berasa dahaga.
Pengambilan beberapa biji kurma sebelum sembahyang raya adalah sangat digalakkan. Kemudian, anda dicadangkan makan makanan seperi roti gandum penuh, susu rendah lemak, dan sepotong buah-buahan sebagai sarapan ringan sebelum anda menjamah ketupat dan rendang. Hmm...boleh ke ni?
Untuk makan tengahari dan makan malam, saya pasti kebanyakan dari kita yang mungkin sudah terlalu kenyang dengan ketupat dan lemang serta hidangan hari raya yang lain. Namun, sekiranya anda berjaya mengawal pemakanan anda pada hari tersebut, anda bolehlah menambah pengambilan sayur-sayuran, dan buah-buahan segar. Ini kerana saya dapati pada hari raya amat sukar sekali kita lihat makanan yang tersedia yang boleh dihidang bersama sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran dan buah-buahan ini sangat penting untuk membantu penghadaman makanan yang anda ambil sepanjang hari tersebut.
Semoga dengan perkongsian tips diet di hari raya yang mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja itu boleh menjadi pembakar semangat dalam melakukan krja-kerja yang lain. Yang penting kita sendiri mestilah kuat semangat untuk mengawal makan pada hari lebaran ini.
Namun begitu saya nak bagi semangat pada korang semua. Di bawah dikongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda untuk kekal sihat semasa hari raya Aidilfitri:
1) Mengawal nafsu makan
2) Banyak minum air dan mengambil makanan yang kaya dengan fiber
3) Kurangkan makanan yang manis
Macam mana ni? Kebanyakan biskut raya manis-manis belaka dan berlemak dan tidak kurang juga mengandungi kandungan garam yang tinggi. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan seperti ini. Selain itu, tidak kurang juga hidangan minuman bikarbonat seperti coca-cola merupakan minuman yang popular di hari raya. Anda perlu ingat, kandungan gula dan kafein di dalam air bikarbonat adalah sangat tinggi. Oleh itu, tidak salah jika anda minum setengah gelas air coca-cola, dan kemudian segelas air kosong sekiranya anda masih berasa dahaga.
4) Ambil beberapa biji kurma sebelum sembahyang raya
Pengambilan beberapa biji kurma sebelum sembahyang raya adalah sangat digalakkan. Kemudian, anda dicadangkan makan makanan seperi roti gandum penuh, susu rendah lemak, dan sepotong buah-buahan sebagai sarapan ringan sebelum anda menjamah ketupat dan rendang. Hmm...boleh ke ni?
5) Mengambil sayur-sayuran pada waktu malam
Untuk makan tengahari dan makan malam, saya pasti kebanyakan dari kita yang mungkin sudah terlalu kenyang dengan ketupat dan lemang serta hidangan hari raya yang lain. Namun, sekiranya anda berjaya mengawal pemakanan anda pada hari tersebut, anda bolehlah menambah pengambilan sayur-sayuran, dan buah-buahan segar. Ini kerana saya dapati pada hari raya amat sukar sekali kita lihat makanan yang tersedia yang boleh dihidang bersama sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran dan buah-buahan ini sangat penting untuk membantu penghadaman makanan yang anda ambil sepanjang hari tersebut.
Semoga dengan perkongsian tips diet di hari raya yang mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja itu boleh menjadi pembakar semangat dalam melakukan krja-kerja yang lain. Yang penting kita sendiri mestilah kuat semangat untuk mengawal makan pada hari lebaran ini.
Semoga bermanfaat.
5 Comments
dek kekurangan minum air, leeza dh kena ulser.
ReplyDeletekalau gitu, mari kita sama2 amalkan diet seperti kat atas, semoga Leeza terus sihat
Deleteraya ni memang nak kena control makan, lagi2 dah masuk trimester ke-2...x mo x mo x mo... nanti takut kena diabetes dan high blood pulak... hu hu hu...
ReplyDeletememang betul tu Farah. masa preggy dulu akak pun terkena 'badi' darah tinggi & kencing manis. alhamdulillah lepas bersalin, penyakit itu dah tak ada..
Deletebagus tips nih . saya suka sgt mkn biskut raya . lagi lah klu x pernag jumpa , mmg nak try . tapi saya mmg x leh gemuk ... alhamdulillah ...
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.