8 Sebab Mengapa Kita Mesti Membuat Simpanan - Pernahkah anda dengar "simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". Dari sejak sekolah rendah kita telah diajar cara menabung dan ada sesetengah sekolah 'memaksa' pelajar mereka membuka akaun simpanan dengan cara bekerjasama dengan pihak bank.
Saya pun sama, ketika bersekolah rendah lagi telah memiliki buku simpanan BSN. Depositnya ketika itu murah sahaja, sekitar RM1.00.
Mengapa kita mesti menyimpan? Apakah keperluannya terhadap masa depan kita dan keluarga tercinta?
Sejak dulu lagi saya telah memupuk semangat menyimpan dalam diri anak-anak kami. Bila terima duit raya terus masukkan dalam bank. Paling mudah, saya bukakan akaun tabung haji pada seawal usia mereka 6 bulan lagi.
Selamat menabung kawan-kawan...
Saya pun sama, ketika bersekolah rendah lagi telah memiliki buku simpanan BSN. Depositnya ketika itu murah sahaja, sekitar RM1.00.
Mengapa kita mesti menyimpan? Apakah keperluannya terhadap masa depan kita dan keluarga tercinta?
8 Sebab Mengapa Kita Mesti Membuat Simpanan
1. Masa depan
Secara umum, menyimpan dari seawal umur kanak-kanak boleh meringankan beban dan menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Dengan memiliki simpanan, kita umpama menyediakan payung sebelum hujan. Jangan nanti di saat kita memerlukan wang, tiada siapa yang sudi membantu. Tak rugi pun menyimpan demi nasa depan yang gemilang.2. Meningkatkan pendapatan
Dengan membuat simpanan dari awal ia boleh meningkatkan pendapatan keluarga dari semasa ke semasa. Displinkan diri untuk mengenepikan wang gaji kita setiap bulan sebagai tabungan dalam masa kesusahan. Simpanan tersebut boleh digunakan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah.3. Kecemasan
Simpanan juga dapat meringankan beban kita semasa menghadapi kecemasan. Contohnya apabila anak-anak yang demam, bayaran bil yang meningkat mendadak ataupun terpaksa bekerja di luar kawasan.4. Modal perniagaan
Simpanan yang telah mencecah ratusan ribu juga boleh dijadijan modal perniagaan ataupun membesarkan rangkaian perniagaan sedia ada. Dengan yang demikian, impian bergelar usahawan dapat direalisasikan dalam jangka waktu yang dirancang.5. Memiliki aset hartanah
Nilai hartanah masakini melonjak naik dengan harga yang mencecah ratusan ribu ringgit untuk sebuah rumah teres terutamanya di kawasan KL. Dengan memiliki simpanan sendiri ia boleh dijadikan wang muka untuk membeli rumah idaman.6. Pendidikan anak-anak
Ada bermacam-macam insuran pendidikan yang diperkenalkan oleh agensi insuran di negara kita. Pilih saja mana yang terbaik untuk anak-anak kita. Paling bagus jika bukakan terus akaun SSPN-I untuk kemudahan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan bersedia dengan simpanan masa depan anak-anak kita lebih terjamin.7. Pelancongan
Dengan simpanan yang dimiliki tentu kita tiada masalah menghilangkan tekanan kerja dengan melancong ke destinasi pilihan. Jika simpanan yang ada belum mencukupi untuk berjalan ke luar negara, apa salahnya melancong di dalam negara kita sendiri. Lagipun di Malaysia sekarang ni banyak pusat peranginan dan resort yang bertaraf dunia. Contohnya berjalan ke Langkawi, mendaki gunung ke Sabah ataupun berehat di resort & spa yang tumbuh bak cendawan.8. Menunaikam rukun Islam ke lima
Setelah semua urusan duniawi selesai dan kita pun berjaya menyelesaikan hutang piutang kita, maka matlamat terakhir kita hidup di muka bumi ini adalah ke jalan bahagia di akhirat. Dengan menyimpan berdikit-dikit, tidak mustahil kita dapat menunaikan rukun islam yang kelima dengan mudah dan dalam usia yang muda. Siapa yang tidak mahu peluang sebegini, kan?Sejak dulu lagi saya telah memupuk semangat menyimpan dalam diri anak-anak kami. Bila terima duit raya terus masukkan dalam bank. Paling mudah, saya bukakan akaun tabung haji pada seawal usia mereka 6 bulan lagi.
Selamat menabung kawan-kawan...
1 Comments
It's wonderful that you are getting ideas from this article
ReplyDeleteas well as from our argument made at this time.
Feel free to surf to my web-site ... Kantor Pengacara Perceraian
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.