Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ikan Bilis Tamban Gamit Memori

Ikan bilis tamban gamit memori - Hari ini saya tergerak nak makan ikan bilis tamban yang pernah jadi lauk makanan kami sekeluarga ketika saya kecil dulu. Waktu itu kehidupan kami sekeluarga taklah senang sangat. Apa yang dimakan akan dikongsi oleh kami tujuh beradik.

Ikan bilis tamban ni sedap digoreng hingga garing, dipotongkan bersama cili padi dan bawang besar yang digoreng juga. Kemudian makan dengan nasi panas. Hmmm...memang enak dan rangup. Dari sepinggan nasi boleh bertambah lagi!

 



Tapi sekarang ni nak dapat ikan bilis tamban agak susah dan bukan semua kedai ada jual. Selain boleh dibuat lauk tambahan, ikan bilis tamban ini boleh juga dimasak dengan taucu ataupun ditumis dengan betik muda. Ada juga yang lebih kreatif buat kerabu ikan bilis tamban.

Rasanya dah melalut pulak kisah ikan bilis tamban saya menggamit memori. Sekarang ni bila makan ikan bilis tamban, ada saja cerita dan tawa yang terburai mengenang zaman susah kami yang ceria...



Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. selalu ikan bilis nih buat goreng kicap campur bwng n cili ...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close