Kesan Subsidi! | Bolehkah Kita Berubah? - Saya kongsikan artikel daripada SinarHarian untuk renungan dan peringatan bersama.
Kesan Subsidi! | Bolehkah Kita Berubah?
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia mulai sekarang harus menanam di fikiran dan bersedia bahawa subsidi kerajaan akan berkurangan dan langkah pengurangan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dari masa ke masa.
Kerajaan yang kini memperuntukkan subsidi kira-kira RM30 bilion bagi tahun ini meliputi barangan asas, pada semalam telah mengurangkan subsidi bermula dengan petrol RON95 dan diesel sebanyak RM1.1 bilion.
Subsidi bahan api merupakan komponen terbesar dengan peruntukan kira-kira RM24 bilion setahun.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata penyelarasan subsidi sudah lama diuar-uarkan oleh kerajaan dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.
Bercakap kepada Bernama hari ini Mohd Yusof berkata pengguna sewajarnya sudah bersedia menerima kesan ekoran penurunan subsidi ketika ini dan di masa hadapan.
Namun katanya, penerangan berkaitan kewajaran subsidi itu diturunkan dan dasar-dasar kerajaan bagi meningkatkan ekonomi haruslah sampai hingga mencecah ke peringkat akar umbi.
Seorang pemerhati pasaran pula berkata rakyat Malaysia harus mula "mengubah suai" perbelanjaan mereka dengan mengandaikan harga petrol RON95 seolah-olah kini "benar-benar" berada pada harga pasaran iaitu harga tanpa subsidi.
Tambahan pula harga petrol bersubsidi ketika ini sudah menghampiri harga pasaran sebenar, hanya kurang 63 sen seliter, kata pemerhati itu yang enggan dikenali.
Dengan perbelanjaan "ke hadapan" sebegini, katanya pengguna tidak akan merasa terjejas setiap kali peningkatan harga petrol berlaku berikutan pengurangan subsidi secara berperingkat.
Sementara itu, ungkapan "Bersyukurlah Malaysia masih aman" kelihatan digunakan di media sosial bagi satu pihak yang membantu menjawab kritikan terhadap kerajaan berikutan keputusan menurunkan kadar subsidi semalam.
Ia juga dilihat sebagai ungkapan "memujuk hati" bagi pihak sama walaupun keputusan subsidi dikurangkan itu turut dirasai oleh mereka sendiri.
Seorang pengguna Facebook menulis : "Rakyat masih boleh keluar bekerja, masih memiliki pekerjaan, tawaran kerja masih diiklankan, malah ada yang begitu "marketable" (diterima pasaran) hingga boleh bertukar-tukar pekerjaan dalam tempoh kurang setahun."
Pengguna itu merujuk kepada perkembangan di Timur Tengah yang menyaksikan beberapa negara dan ekonomi runtuh akibat krisis dalaman. - Bernama

Apabila membaca artikel di atas, pelbagai rasa yang muncul dalam fikiran. Apa yang korang fikir? Adakah kenaikan harga minyak jalan penamat kepada kelangsungan hidup? Apakah kebaikan (jika ada), daripada kesan subsidi ini?
Bagi saya, bersyukurlah kerana Malaysia masih aman, boleh cari makan dan yang penting keluarga dan anak serta sahabat semua aman damai menjalani kehidupan harian.
Walaupun saya juga seperti anda semua kurang setuju dengan kenaikan harga minyak dan barang-barang pengguna, tetapi saya kuatkan semangat untuk mengubah cara perbelanjaan saya sekeluarga. Dengan demikian, rasa sakit hati dan marah kepada pihak berkuasa dapat diatasi dengan cara lebih positif.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.