Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Santan Kelapa Rahsia Kulit Gebu

Khasiat Santan Kelapa Rahsia Kulit Gebu - Semua wanita inginkan wajah yang cantik, bersih dan gebu. Jika tumbuh sebiji jerawat pun dah panik, inikan pula jika wajah bercapuk-capuk dan tidak segar. Bagi yang telah bersuami pula, memiliki wajah yang ceria dan gebu pasti dapat mengikat kasih suami terhadap kita.

Namun begitu, ikhlaskan hati dan niat mencantikkan diri kerana untuk kebaikan. In sha Allah, tujuan murni tersebut mudah dicapai. Bagi yang ingin mencuba rawatan secara alami/tradisional untuk mencantikkan tubuh, cuba gunakan dan manfaatkan kelapa dan santannya.

Khasiat Santan Kelapa Rahsia Kulit Gebu




1. Pati santan digunakan untuk menyejukkan kulit kepala dan membuatkan rambut sihat, lembap serta bersinar. Caranya mudah sahaja. Lumurkan kepala dengan santan pekat. Kemudian balut dengan tuala dan perap selama 30 minit. Bilas sehingga bersih. Amalkan setiap minggu supaya anda berpuas hati dengan hasilnya.

2. Jika patinya sudah diambil, hampas kelapa pula jangan dibuang. Sebaliknya gunakan hampas kelapa sebagai lulur badan. Gosok perlahan-lahan pada tubuh terutamanya pada bahagian intim seperti celah peha dan ketiak. Lulur ini dapat mengelakkan kulit kering dan mencerahkan bahagian tubuh yang gelap.

3. Lulur ini juga dapat menghilangkan bau badan dan bau di bahagian kaki. Ia juga amat berkesan untuk menanggalkan daki yang degil.

4. Bagi wanita yang mengalami masalah dehidrasi, berendam dengan santan dan bunga mawar membantu kulit anda pulih seperti sediakala. Ia membuatkan kulit lebih gebu, licin dan lembut. Khasiat yang terdapat dalam santan akan membuatkan kulit jadi lembap.

5. Bagi wanita yang mengalami masalah kulit wajah melupas dan merah, sapukan pati santan yang dicampur dengan bedak sejuk. Biarkan kering, bilas dengan air bersih.

Diharap dengan perkongsian khasiat santan kelapa di atas dapat membantu kita merawat tubuh dengan kos yang amat berpatutan. Jangan melakukan pembaziran dengan berbelanja tinggi tetapi kesannya amat mendukacitakan.

-majalah wanita-


Selamat merawat tubuh kita!

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. thanks for sharing..tp mmg santan or kelapa mmg bagus utk rambut..rambut jadi lembut sgt walaupn bau xbape sedap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bau santan lepas tu kita cuci dengan syampo..hihi

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close