Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kisah Putu Bambu Ayer Hitam Yang Sedap

Kisah Putu Bambu Ayer Hitam Yang Sedap - Ada tak antara pembaca yang tidak pernah makan putu bambu? Agak-agak macam mana rupanya? Jangan panik ya, cuba tengok dan renungkan gambaran putu bambu di bawah ni...

 

Kisahnya begini, semalam iaitu Ahad yang renyai kami sekeluarga pergi mengambil hero besar (13 tahun) kami daripada asramanya. Perjalanan memakan masa 1 jam 45 minit pada kelajuan 140km/j. Jika ada kereta yang buat isyarat lampu, en suami akan perlahankan kenderaan mengikut peraturan lebuhraya yang standard, haha...





Kami tiba di Batu Pahat (asrama anak) sekitar pukul 11:00 pagi. Kemudian bermulalah acara tak rasmi kami seperti berikut:

1. Pergi cari kedai/tukang kasut untuk jahit kasut but sang hero. Jenuh juga mencari kerana kami kurang faham jalan di bandar BP, akhirnya terjumpa juga berdekatan dengan stesyen bas BP. Anggaran masa diberi untuk kerja menjahit kasut but tersebut 1 jam setengah.

2. Berjalan pula ke BP Mall untuk mencari kedai gunting rambut. Tak jumpa juga pada mulanya tetapi akhirnya ternampak satu salon. Di sini melepas kos gunting rambut anak bujang ini berjumlah RM25.00. Sementara menunggu abangnya bergunting, hero kecil yang berusia 6 tahun ini sempat menemuramah si penggunting rambut berbangsa cina itu. Siap dapat business cardnya lagi...(mungkin korang boleh teka betapa fedupnya si penggunting rambut itu dengan hero kecil saya yg terlebih mulut...hihi)

3. Selesai urusan di atas, kami mencari tempat makan untuk mengisi perut yang berkeroncong. Singgah di Food Court dengan urusan nak makan yang 'banyak birokrasi'nya dan habis dekat RM50.00 untuk 3 hidangan dan 3 jenis air. Lain kali tak nak makan kat sini lagi!!Leceh!

4. Membeli peralatan sekolah si bujang. Antaranya fail, book divider for rack book, 1 tin biskut, baldi, syampu dan biskut lagi!

5. Berjalan balik ke 'port' tukang kasut. Tetapi hampa, kena tunggu 20 minit lagi. Sedangkan masa yang diperuntukkan telah kami lebihkan kepada 2 jam dari sebelumnya. Tak mengapalah...

6. Sekitar 3:48 petang menghantar si hero kembali ke asramanya. Hampir 5 jam juga dapat bersama dengan sang hero, sempat bergolek-golek dengan si adik dalam kereta. Biasalah...budak lelaki kalau jumpa mesti bergusti...

Kami meninggalkan perkarangan asrama pada pukul 4:15 petang dan menghala pulang ke JB dengan perasaan yang berbaur. Tetapi rasa sedih itu cepat terubat apabila dalam kepala kami suami isteri terbayang putu bambu Ayer Hitam yang sedap! Tak sabar nih!


 

Ahha! Kami sempat rembat 8 bungkus putu bambu. memang sedap. Tetapi jangan tak percaya jika saya katakan saya terpaksa berbaris panjang hanya untuk mendapatkan putu bambu tersebut! So, korang fikirlah sendiri tentang kesedapan dan kemashyuran putu bambu Ayer Hitam tersebut!

Ingatkan dah dapat putu bambu boleh terus terbang ke JB dengan nyamannya. En suami menyinggah pula di kedai menjual perabut yang diniagakan oleh para peniaga asing...korang boleh teka bangsa apa kan? Hmm...dapatlah 'menjala' sebuah cermin berharga RM220.00. Setelah ditawar dengan bahasa itik dan ayam, dapatlah dikurang harganya jadi RM170.00. Nasib baik transformers berbrand Toyota ni muat untuk membawa cermin besar itu pulang dengan selamatnya...


sepanjang highway yang mendung...


Alhamdulillah...selamat sampai di rumah sebelum Maghrib. Yang pasti, putu bambu Ayer Hitam menjadi santapan kami lagi malam itu... 

        

Read More ....


Post a Comment

5 Comments

  1. memang sedap..tu baru tengok gambar je belum lagi rasa..haha

    ReplyDelete
  2. Farah pun suka makan putu bambu ni, kat Sg Buloh pun sama, dia sorang jer jual putu bambu... terbaiklah...

    ReplyDelete
  3. kalau balik kg mmg kuar kat air hitam . tapi tak tau lak ada putu bambu kat situ . kena tanya kat uda nih ... org kg yg jarang balik kg ... heheheee

    ReplyDelete
  4. lama tak menikmati putu bambu tu...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close