Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Masa Sesuai Beli Beg Tangan Baru

Masa Sesuai Beli Beg Tangan Baru - Baru-baru ini saya membeli sebuah beg tangan kerana beg yang lama sudah kelihatan agak uzur. Saya memang agak penjimat orangnya dan amatkan sayangkan barang-barang terutamanya kasut dan beg tangan.

Beg lama saya jenama Carlo Rino dibeli 3 tahun lepas pada harga RM399.00. Begnya agak besar, luas dan berwarna hitam. Saya sukakan beg tersebut kerana ia pelbagai guna (bukan MPV ya...) dan sesuai untuk semua majlis.

Kini setelah 3 tahun, saya membeli beg baru dengan duit gaji sendiri. Namun begitu, dalam tempoh 3 tahun tersebut, saya ada beberapa kali membeli beg dengan bermacam warna dan jenama. Namun, saya ada menyimpan hasrat untuk membeli beg tangan dari jenama antarabangsa seperti Louis Vuitton, Prada dan Versace. Tunggulah bila ongkosnya terlebih-lebih..hihi..

Membeli beg tangan berjenama bukannya untuk menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada untuk kepuasan diri sendiri terutamanya bagi peminat tegar beg tangan.

Masa Sesuai Beli Beg Tangan Baru 


 

1. Ketika beg dah buruk

Yang ini saya bersetuju sangat-sangat. Apabila beg tangan sudah nampak buruh, baik tukar yang baru. Bukannya apa, ia juga melambangkan imej kita apabila bertemu rakan-rakan dan pelanggan. Jika kita seorang surirumah, beg tangan juga perlu berganti. Selain sibuk di rumah, kita pun perlu menghadiri kenduri kahwin saudara mara. Betul tak? 

2. Ada jualan murah

Jika nak beli beg tangan branded, tunggu waktu ada jualan murah. Di Malaysia ada 3 hingga 4 kali setahun jualan murah besar-besaran. Jadi, inilah peluang anda bergaya dengan beg tangan mahal pada harga yang murah. Oh ya, pastikan anda ambil tahu tentang reka bentuk, saiz, jenama dan material berbeza sesuatu beg tangan bagi mengelakkan pembaziran. Buat apa beli jika tidak digunakan, betul tak?

3. Beg cantik dan mudah digunakan

Beg tangan yang cantik akan nampak mahal walaupun harganya murah. Yang penting kita pandai menyesuaikan dengan pakaian dan majlis. Beli beg tangan ikut kemampuan sendiri dan jangan terikut-ikut dengan iklan dan promosi. Beli apa yang kita hendak pakai dan bukan beli kerana tertawan dengan promosi.  

4. Sebagai hadiah untuk diri sendiri

Kadangkala ada satu peringkat dimana kita memerlukan sesuatu sebagai hadiah untuk diri sendiri. Apa salahnya belikan sebuah beg tangan baru untuk diri kita setelah penat bekerja. Anggap ia sebagai satu motivasi diri untuk lebih kuat bekerja dan menjalani kehidupan dengan yakin.  

Dengan sedikit panduan mengenai masa sesuai beli beg tangan baru yang saya ceritakan di atas, di harap anda mendapat idea untuk berjimat. Tidak salah gila beli beg tangan baru tetapi cuba fikirkan balik, jika tidak digunakan bukankah ia satu pembaziran wang, masa dan ruang? Fikirkanlah... 

Read More ....


Post a Comment

9 Comments

  1. TB ske tgk beg tgn lelawa kekadang tak rosak lg pn sibuk gatal tgn nk beli..sampai mak TB pn bising hehe..sebab berlambak2 tp xpki2 hehe

    ReplyDelete
  2. Skrg nie dpt hobi baru suka beli beg tgn uhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Nurul pun suke bag tangan dan kasut.. nk matching ngan penampilan hari tersebut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi nurul, jangan sampai membazir suda..yg penting penampilan kita sedap dipandang

      Delete
  4. nak beli beg tangan?? french designer handbags below rm100. promotion till 26 November available for discount! https://www.facebook.com/MyeSophieParis

    ReplyDelete
  5. kalau untuk berjalan jalan nie saya lebih suka beli yang agak mahal kerana tahan lama..beg kerja selalunya beg yang murah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing-masing pun ada cara tersendiri untuk bergaya. Saya pulak tengok keadaan...

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close