Membina Hubungan Bersama Pasangan | Lupakan Sejarah Silam - Menjaga hubungan antara dua orang yang berbeza memang sukar dilakukan. Banyak benda yang perlu dikorbankan seperti perasaan, komitmen, persahabatan dan masa senggang bagi diri sendiri.
Perselisihan faham atau pergaduhan yang berlaku dalam sesebuah hubungan biasanya berpunca daripada kelemahan sebelah pihak. Mengikut kajian sebuah majalah, lebih 90% pasangan bercinta berpisah kerana tidak boleh menerima kelemahan pasangannya.
Menurut kajian tersebut lagi, lebih kronik, lebih daripada separuh jumlah itu kesemua mereka bergaduh disebabkan sejarah lama pasangan yang diungkit semula dan dijadikan subjek perselisihan faham. Kenapa perlu kita ingat semula kisah lama pasangan kita kerana semua manusia punya sejarah masing-masing.
Ketika bercinta dan musim mengurat, semuanya nampak cantik dan sempurna. Tidak sekelumit terlihat negatif diri seseorang itu. Apabila si dia menceritakan kisah lamanya, kita pun dengar dan kononnya bersimpati.
Tapi selepas sah menjadi kekasih (atau suami isteri), mustahil untuk kita terus menjaga setiap inci perbuatan itu. Berapa lama sangat untuk kita bertahan menjadi seorang yang sempurna apatah lagi terus menyembunyikan sejarah lama yang pernah kita kongsi sebelum ini?
Belum lagi kisah lampau yang sebelum ini si dia begitu simpati tapi kini pantang tercuit, habis semuanya diungkit dan mula dijadikan perbandingan. Padahal sebelum bercinta dulu, berbuih mulut berjanji kononnya terima seadanya tapi bila bergaduh sikit, semuanya dibongkar semula.
Bagi pendapat saya, istilah tiada rahsia antara kita haruslah berkaitan perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Kerana secara lumrahnya, manusia sukar menerima kesilapan lalu pasangan masing-masing walaupun pada awalnya mengaku tidak kisah.
Jadi, ceritakan perkara dan kisah lalu kita yang baik dan mencuit hati. Yang aib dan menyakitkan lebih baik dirahsiakan.
Itu jarang sekali berlaku untuk seorang lelaki. Mereka lebih gemar menyimpan kisah lama dan tidak mahu ia diungkit semula kerana hal itu akan merumitkan keadaan atau mengusutkan kepala apabila memikirkannya semula.
Namun bagi kebanyakan wanita, mereka lebih cenderung untuk berkongsi apa saja sejarahnya dengan kekasih dan kemudian apabila hubungan itu terputus tengah jalan, ramai lelaki menggunakan kisah itu sebagai senjata.
Sebab itu saya percaya kepada pepatah, jangan buka pekung di dada! Nanti semuanya akan terkena pada diri kita sendiri. Justeru tidak perlu kita sibuk ingin mengorek sejarah seseorang jika dia berat untuk berkongsi. Mungkin si dia ada sebab mengapa sejarah lama terus disimpan dan langsung tidak dibuka.
Berbincanglah baik-baik dan lembut namun tegas dalam menyelesaikannya kerana emosi kadangkala bersifat hanya sementara.
Perselisihan faham atau pergaduhan yang berlaku dalam sesebuah hubungan biasanya berpunca daripada kelemahan sebelah pihak. Mengikut kajian sebuah majalah, lebih 90% pasangan bercinta berpisah kerana tidak boleh menerima kelemahan pasangannya.
Menurut kajian tersebut lagi, lebih kronik, lebih daripada separuh jumlah itu kesemua mereka bergaduh disebabkan sejarah lama pasangan yang diungkit semula dan dijadikan subjek perselisihan faham. Kenapa perlu kita ingat semula kisah lama pasangan kita kerana semua manusia punya sejarah masing-masing.
Ketika bercinta dan musim mengurat, semuanya nampak cantik dan sempurna. Tidak sekelumit terlihat negatif diri seseorang itu. Apabila si dia menceritakan kisah lamanya, kita pun dengar dan kononnya bersimpati.
Tapi selepas sah menjadi kekasih (atau suami isteri), mustahil untuk kita terus menjaga setiap inci perbuatan itu. Berapa lama sangat untuk kita bertahan menjadi seorang yang sempurna apatah lagi terus menyembunyikan sejarah lama yang pernah kita kongsi sebelum ini?
Belum lagi kisah lampau yang sebelum ini si dia begitu simpati tapi kini pantang tercuit, habis semuanya diungkit dan mula dijadikan perbandingan. Padahal sebelum bercinta dulu, berbuih mulut berjanji kononnya terima seadanya tapi bila bergaduh sikit, semuanya dibongkar semula.
Membina Hubungan Bersama Pasangan
1) Tiada rahsia antara kita
Kenapa kelemahan seseorang dijadikan penyebab sedangkan rasa cinta dan sayang sudah mula ada? Bagaimana pula seseorang individu itu tidak mampu menerima kisah lampau pasangannya sedangkan tiada manusia yang sempurna? Perlu diingat, sejauh mana janji kita bersama pasangan yang tiada rahsia antara kita, sebenarnya masih ada sekelumit cerita yang kita sembunyikan kerana bimbang ia akan menjadi busuk jika dikongsi.Bagi pendapat saya, istilah tiada rahsia antara kita haruslah berkaitan perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Kerana secara lumrahnya, manusia sukar menerima kesilapan lalu pasangan masing-masing walaupun pada awalnya mengaku tidak kisah.
Jadi, ceritakan perkara dan kisah lalu kita yang baik dan mencuit hati. Yang aib dan menyakitkan lebih baik dirahsiakan.
2) Simpan Cerita Yang Kurang elok
Perlukah kita desak untuk pasangan kita ceritakan segala-galanya?Itu jarang sekali berlaku untuk seorang lelaki. Mereka lebih gemar menyimpan kisah lama dan tidak mahu ia diungkit semula kerana hal itu akan merumitkan keadaan atau mengusutkan kepala apabila memikirkannya semula.
Namun bagi kebanyakan wanita, mereka lebih cenderung untuk berkongsi apa saja sejarahnya dengan kekasih dan kemudian apabila hubungan itu terputus tengah jalan, ramai lelaki menggunakan kisah itu sebagai senjata.
Sebab itu saya percaya kepada pepatah, jangan buka pekung di dada! Nanti semuanya akan terkena pada diri kita sendiri. Justeru tidak perlu kita sibuk ingin mengorek sejarah seseorang jika dia berat untuk berkongsi. Mungkin si dia ada sebab mengapa sejarah lama terus disimpan dan langsung tidak dibuka.
3) Kongsi Kekurangan masing-masing
Lebik elok jika berkongsi lebih awal segala kekurangan agar tidak pula dipertikai di masa depan. Malah kita wajar mendorong pasangan untuk menjalin hubungan dengan lebih serius dalam cara yang matang. Jika kita tidak mengetahui kekurangan pasangan kita, ditakuti pada masa depan timbul percanggahan hingga membawa perpisahan.4) Jaga hubungan selagi boleh
Sebagai pasangan, kita harus meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya dan cuba untuk tidak mempertikaikan apa-apa berkaitan kekurangannya. Kita harus belajar untuk menerimanya dan menjaga hubungan itu selagi boleh.5) Menjaga emosi
Jangan membalas emosi dengan emosi. Gunakan kesabaran yang tinggi untuk meredakan amarah pasangan anda. Ungkapkan kata-kata dengan lembut dan beritahu yang anda tidak suka jika pasangan anda marah membabi-buta. Jika pasangan anda melakukan kesalahan atau menipu sekalipun, jangan sampai emosi anda tidak dapat dikawal. Tetap tenang dan gunakan akal sihat dalam menangani sesuatu masalah.Berbincanglah baik-baik dan lembut namun tegas dalam menyelesaikannya kerana emosi kadangkala bersifat hanya sementara.
6) Selesaikan masalah dengan cepat
Jangan menunda-nunda untuk mencari penyelesaian dari masalah yang timbul. Jika keadaan dibiarkan terlalu lama, bimbang pasangan akan berpaling cintanya kepada yang lain. Seboleh mungkin pupuk hubungan yang terjalin supaya kembali mesra seperti sedia kala setelah masalah diselesaikan.
Dalam membina hubungan bersama pasangan anda, pastikan tata susila seorang muslim dijaga tertibnya dan halal haramnya. Jika kita percaya itu pasangan yang telah ditetapkan oleh Allah dari luh mahfuz lagi, sudah tentu kita ingin menjaga hubungan tersebut dengan segala daya dan usaha kita.
3 Comments
kisah yang lama, usahlah diingatkan kembali. takut luka lama berdarah kembali. :)
ReplyDeletehihi...dah berdarah susah dirawat..
DeleteSukar menepis kenangan yang datang mengimbau
ReplyDeleteIa datang tanpa diundang
bertandang tak kira waktu
walau disela2 kesibukan atau sendirian..
Tumpahkan saja airmata kalau itu bole meringankan
dan menerima dengan lapang dada sebagai ujian Allah..
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.