Sinopsis Penuh Drama Love You Mr Arrogant Slot Akasia TV3 - Drama Cinta Jannah dah pun tamat. Bagaimanakah kesudahannya? Adakah ia menepati kehendak anda sebagai penonton? Setelah Cinta Jannah tamat, kini slot Akasia TV3 digantikan dengan Love You Mr Arrogant mulai 25 September 2013 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang.
Episod: 26 episod
Info Drama Love You Mr Arrogant
Episod: 26 episod
Para pelakon: Azlee Khairi, Zara Zya, Hanez Suraya, Keith Foo, Anzalna Nasir, Norish Karman, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz, Aishah Illias dan ramai lagi.
Pengarah: Eoon Shuhaini
Penulis: Chinta Nadeepha, Lee Chonz serta Mahbob
Novelis: Aliesha Kirana
Novelis: Aliesha Kirana
Sinopsis Penuh Drama Love You Mr Arrogant Slot Akasia TV3
Drama bersiri Love You Mr Arrogant mengisahkan tentang Irham (Azlee Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Ketika itu, Irham sedang buntu memikirkan cadangan emaknya, Puan Sri Maryam (Norish Karman) yang ingin menjodohkan dia dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai.
Beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. Jika Irham tidak berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankannya.
Zaara terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.
Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan perangai ego Irham. Malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham.
Tanpa disedari, Zaara mula menyintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaraa dapat merasakan Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.
Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha mendekatinya. Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.
Malah, Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya. Adakah Irham akan menurut hajat terakhir emaknya atau mempertahankan rumah tangga bersama isteri yang baru dicintainya itu?

Jangan lupa saksikan drama Love You Mr Arrogant Slot Akasia TV3 daripada adaptasi novel Aliesha Kirana ini. Kemudian, berikan pendapat masing-masing...hihi
9 Comments
xsaba nk tggu cite ni..so so so comel heheh
ReplyDeleteJom TB kita tengok sama-sama
Deleteselamat menonton ... layanzzz
ReplyDeleteMari layanzzz Vee, hihi
Deletestarting citer nie pun dh "hot"..huhu btw, quite interesting
ReplyDeleteKlu baca kat blog dia, novel ni nmpk best kan? Selamat menonton..
Deletemane2 msuk nmpk hg..google image ade hg, kat sini pon ade hg.haha
Deletecerita nie memang bess sangat-sangat.. x sabar nye nak tggu hari isnin utk menonton cerita love you mr.arrogant..
ReplyDeleteBtw.. Bestlah citer ny.. NoveL nYa punz besz Gileee... Hikhikkk
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.