Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Memilih Durian Yang Mudah

Tips Memilih Durian Yang Mudah - Durian adalah dianggap sebagai raja buah kerana harganya yang mahal serta baunya yang kuat. Ada sesetengah orang gila makan buah durian dan ada sesetengahnya pula gila tak makan buah durian. Hihi...

Saya adalah salah seorang penggemar buah durian tak kira apa jenisnya samada durian tembaga, 'musang king', durian kucing tidur, durian 'senyum' (ada ker..macam-macam...), yang penting durian masak lah...

Tetapi satu kelemahan saya adalah kurang arif untuk memilih durian yang bagus. Untuk makluman bersama, saya kongsikan maklumat tentang tips memilih durian ini yang agak mudah caranya. 

Tips Memilih Durian Yang Mudah 




1. Duri
Pilihlah durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.

2. Bentuk Buah
Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis, dan berbiji kurus.

3. Baunya
Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya. Dikhuatiri buah tersebut matang secara tidak normal dan kemungkinan ia telah diperam. Buah yang diperam tidak lagi segar dan rasanya tidak berlemak seperti durian yang matang secara semulajadi.

4. Kulit
Pastikan kulit luarnya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan. Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.

5. Menggoncang Buah Durian
Untuk memilih isi durian yang berkualiti dengan cara menggoncangkan buah dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan. Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.

##sumber 

Semoga dengan perkongsian tips memilih durian dengan cara yang mudah di atas dapat membantu para wanita diluar sana yang suka makan raja buah tersebut. Di lain masa, jika suami kita tak makan durian, kita boleh cari dan beli sendiri...betul tak?

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. same la TB n ske mkn durian tp xpndai pilih..beli durian gred A skali bawak balik bile bukk alahai..sian tertipu

    ReplyDelete
  2. durian ni makin pekat bau makin power rasa dia

    ReplyDelete
  3. teringat pokok durian kat kg yg sedang berbunga lebat ...

    ReplyDelete
  4. kaki durian mesti tau tip-tip ni, baru senang nak pilih...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close