Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Aidil Adha | Sebuah Penyerahan Dan Kemuliaan

Aidil Adha | Sebuah Penyerahan Dan Kemuliaan - Aidil Adha datang lagi. Mewarnai kekuatan iman dan kejituan pengorbanan seorang insan. Sediakah kita berkorban? Dari sekecil zarah dan sebesar serta seluas lautan, semuanya akan kembali dinilai dari segi suci bersih dan ikhlasnya penyerahan tersebut. Bersediakah kita mengorbankan sesuatu yang bernilai bagi kita tetapi nilainya lebih mulia di sisi TuhanMu?




"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)." (Al Hajj: 34).

TERIMALAH PENYERAHAN INI


Kisah dua orang anak Adam
mempersembahkan qurban kerana Allah
mendampingkan diri kerana Allah
Qabil yang pemarah
Habil yang bertaqwa
penyerahan manakah yang Kau terima?

kerana kemarahan itu
tidak membawa jauh sebuah penyerahan
jadilah ia penyerahan yang sia-sia dan rugi!
lalu bila telah kehilangan
telah lepas segala yang berharga
menyesal dan penyesalan tak henti
maka waktu itu...
engkau dalam golongan yang lemah!


korban kamu adalah sebuah penyerahan
dengan tulus ikhlasnya hati
bukan dengan takabur dan riak
bukan dari barangan yang rosak!

maka dengarkan...
Allah berfirman dalam surah "Al-Isra" ayat 70 yang bererti;
"Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.
Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.
Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik
dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna
atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."

kita yang berkorban
dari penyerahan yang baik dan sempurna
mendapatkan kemuliaan yang Allah janjikan. 

#SUMBER 

Maka pada zaman rasulullah telah diceritakan bagaimanakan qurban dan 'penyerahan' ini dijalankan. Nabi Muhammad SAW melakukan qurban pada waktu Haji Wada di Mina setelah solat Aidil Adha. Beliau menyembelih 100 ekor unta, 70 ekor di sembelih dengan tangannya sendiri dan 30 ekor di sembelih oleh Sayyidina Ali R.a.

"Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi'ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, Maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam Keadaan berdiri (dan telah terikat). kemudian apabila telah roboh (mati), Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, Mudah-mudahan kamu bersyukur." (Al Hajj:36).

Ayat ini menjelaskan binatang yang dijadikan qurban, tujuan qurban, cara menyembelih haiwan qurban, bilakah memakan daging qurban, siapa yang dapat memakan daging qurban. Binatang qurban, iaitu al-Budnu, dalam bahasa ialah nama yang khusus bagi unta. Sedangkan lembu dipandang sama menempati tempat unta dalam hukumnya kerana Nabi Saw berkata, "Unta dijadikan dalam tujuh (bentuk) dan lembu(sapi) merupakan bahagian dari ketujuh bentuk itu."

Wallahua'lam...

##Untuk bacaan lanjut sejarah qurban pada zaman Nabi-Nabi terdahulu, boleh klik pada pautan ini.

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close