Kisah Bangunan Yang Tidak Rosak - Perjalanan manusia menuju matlamat akhir yang sama iaitu akhirat. Dalam menuju ke jalan akhir itu, kita digalakkan untuk mencari ilmu dan berkongsi pengalaman yang lalu agar boleh dijadikan pedoman hidup.
Diriwayatkan seorang raja berjaya membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk bertanyakan kepada setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu. Hampir seluruh orang yang ditanyakan mengakui kota tersebut tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.
"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.
Saya kongsikan lagi sebuah kisah menarik yang membuatkan kita berfikir alangkah indahnya hidup jika dipenuhi dengan iman dan ilmu di dada.
Kisah Bangunan Yang Tidak Rosak
Diriwayatkan seorang raja berjaya membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk bertanyakan kepada setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu. Hampir seluruh orang yang ditanyakan mengakui kota tersebut tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.
"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.
"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu.
Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"
"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka.
"Segera katakan apakah itu." Desak raja.
"Syurga dan Allah s.w.t. pemiliknya," jawabnya tegas.
Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah s.w.t., raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah s.w.t.
Semoga kisah bangunan yang tidak rosak itu sedikit sebanyak membuka pintu fikiran kita secara perlahan-lahan agar membuang kesombongan duniawi dan berjalanlah di atas muka bumi dengan reda Allah.
Wallahua'lam...
8 Comments
Terima kasih berkongsi cerita.
ReplyDeletethanks juga sebab baca...
Deleteindahnyee penulisan ni..banyak info ;)
ReplyDeletekhas untuk pembaca blog ini..hihi
Deletebetul tu dan farah rasa semua orang perlu mengambil iktibar dari cerita ini....
ReplyDeletesetuju dengan Farah, tq
Delete;")
ReplyDeleteThanks AN for sharing..semoag kota kita juga tak tercela...
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.