Semakan, Pengeluaran & Penutupan Akaun Simpanan SSPN-i - Sebagai sambungan kepada artikel saya sebelum ini berkaitan dengan kemudahan perkhidmatan akaun simpanan SSPN-I, kali ini saya kongsikan info tentang cara semakan, pengeluaran dan penutupan akaun SSPN-I seperti di bawah.
NOTA: Penyata akaun SSPN-i dihantar sekali setahun kepada pendeposit
Pengeluaran simpanan boleh dilakukan pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa dengan perlu mengekalkan baki minimum sebanyak RM20.00 kecuali bagi penutupan akaun.
Semoga perkongsian maklumat di atas dapat membantu para pelajar dan ibu bapa Yang mencari maklumat tentang perkara tersebut. Namun begitu, untuk info yang lebih jelas, anda perlu hubungi pihak PTPTN agar tidak tersalah maklumat.
Cara-cara Semak Akaun SSPN-i
- Hubungi hotline di 03-20804455
- Kaunter Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad
- Sementara semakan baki akaun boleh dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: PTPTN SSPN-i<JARAK>NO AKAUN SSPN-i dan hantar ke 33199., CONTOH; PTPTN SSPN-i 016004100360652
- Penyata akaun SSPN-i melalui e-SSPN-i di laman sesawang PTPTN
- Penyata pelepasan taksiran cukai melalui e-cukai di laman sesawang PTPTN
NOTA: Penyata akaun SSPN-i dihantar sekali setahun kepada pendeposit
Pengeluaran Simpanan
Pengeluaran simpanan boleh dilakukan pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa dengan perlu mengekalkan baki minimum sebanyak RM20.00 kecuali bagi penutupan akaun.
Penutupan Akaun SSPN-i
Penamatan potongan gaji (jika berkaitan) perlu dibuat terlebih dahulu sebelum permohonan penutupan akaun SSPN-i dilakukan dengan melengkapkan Borang Kebenaran / Penamatan Potongan Gaji SSPN-i.
Dokumen yang perlu disertakan:-
- Borang pengeluaran/ Penutupan Akaun / Tuntutan Geran Sepadan
- Salinan Mykad / Kad Tentera / Kad Polis Pendeposit
- Salinan kad SSPN -i
- Salinan Sijil Kematian (sekiranya berlaku kematian kepada penerima manfaat - jika berkaitan
Semoga perkongsian maklumat di atas dapat membantu para pelajar dan ibu bapa Yang mencari maklumat tentang perkara tersebut. Namun begitu, untuk info yang lebih jelas, anda perlu hubungi pihak PTPTN agar tidak tersalah maklumat.
31 Comments
terbaik....terima kasih.
ReplyDeletesama-sama..
ReplyDeleteSaya Hassan 641019025567 pengeluaran wang anak masuk IPTA masa bulan puasa sampai sekarang tiada respon di PTPTN Alor Setar
ReplyDeleteSudah semak dengan pihak PTPTN Alor Star? Mungkin sudah dimasukkan terus ke dalam akaun anak tuan?
Deletekenapa saya tak dapat penyata akaun sspn
ReplyDeletePenyata sspn pendeposit dihantar setahun sekali sahaja..harap maklum
DeleteBoleh tak pendeposit buat pengeluaran di Maybank?
ReplyDeletesalam nak tanya, bagaimana nak dapatkan semula no akaun sspn saya, memandangkan kad sspn saya misplaced.
ReplyDeleteassalamualaikum...saya ingin bertanya sedikit tentang maklumat pengeluaran nie...bapa saya membuka akaun sspn untuk saya sejak saya kecil dan sekarang saya sudah berumur 18thun...boleh x saya ingin membuat pengeluaran dari akaun SSPN TERSEBUT kerana saya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke ipta dan ipts...MINTA penjelasan...???
ReplyDeleteminta penjelasan tentang hal tersebut...please
ReplyDeleteWaalaikumussalam Che Amal.
DeleteTidak boleh. Hanya pendeposit yg boleh membuat pengeluaran/penutupan akaun SSPN-i.
Sy nk tnya...sy ad buat pngeluarn..Bpa lma proses msa utk pngeluarn tu???
ReplyDeleteProses pengeluaran makan masa sehingga 14 hari bekreja.
DeleteSy dh wat lbh dri 14 hari wktu brkrja tapi msih blum dpat lg.. Mcam mner sy nk wt prtanyaan kt bhgian pngeluran??
DeleteCuba pergi ke cawangan PTPTN berdekatan anda, dan tanyakan berkaitan akaun sspn-i anda. Semoga berjaya.
DeleteCwngn PTPTN di Johor kt maner?? Boleh sy mntak no telefon cwngn PTPTN di johor??
ReplyDeletealamat di bawah..
DeletePejabat PTPTN Negeri Johor
ReplyDeleteNo. 17, Jalan Padi Emas 1/5.
Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
81200 Johor Bahru Johor
No Tel : 07 - 237 1060
No Faks : 07 - 238 1090
Pejabat PTPTN Cawangan UTC Johor
Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor
L3-UTC-04
Galeria @ Kotaraya
Jalan Trus
80000 Johor Bahru
Johor
No Tel : 07 - 224 1044
No Faks : 07 - 224 1046
Pejabat PTPTN Cawangan Kluang
No. 14, Jalan Manan
86000 Kluang
Johor
No Tel : 07 - 776 1913
No Faks : -
Read more: http://www.aynorablogs.com/2014/11/semakan-alamat-cawangan-pejabat-ptptn.html#ixzz3wS5mxR00
Ok Terima kasih
ReplyDeletesaya nak tanya pasal akaun sspn i ni tadi kononnya nak buat pembayaran balik PTPTN tu tapi bila buat semakan akaun sspn katanya maklumat tiada dalam record. macam mana ni padahal dlu sebelum buat pinjaman tu dah bukak dah akaun sspn emm -_-'
ReplyDeleteDulu masa buka akaun guna nama anda atau nama orang tua? Kena semak semula..ada sesetengah student belum boleh buka SSPNi, jadi guna nama orang tua..
Deletesaya cuma nak tahu no akaun sspn saya.. mcm mana saya nak dapatkan?
ReplyDeleteproses penutupan akuan SSPN boleh dilakukan dimana-mana cawangan PTPTN atau hanya di KL?
ReplyDeleteKalau ikut pengalaman saya, akaun SSPNi hanya boleh ditutup di PTPTN tempat akaun itu dibuka, contohnya jika dibuka di Sg Petani, maka kena tutup di cawangan SG Petani jugak. Wallahua'lam..
DeleteSaya nak tanya, saya kehilangan kad sspn-i sebab sudah lama. Saya nak tutup akaun saya terus sebab saya sekarang sudah bekerja. Macam mana saya nak buat pengeluaran duit tersebut??
ReplyDeleteKalau dulu ibu/bapa yang bukak, kini ibu/bapa juga yg tutup. Anda tidak boleh tutup akaun itu jika bukan anda yang uruskan pembukaan...
DeleteSaya nak buat penutupan akaun SSPN-i saya punya. Tetapi saya punya kad sspn-i sudah hilang. Sebab sekarang saya sudah bekerja.
ReplyDeletemacam mna nk dptkan borang pengeluaran tuk sspn i ney
ReplyDeleteAmbil di cawangan Bank yang ada agen dengan SSPN i , contoh BSN,
DeleteAs salam..nk tanye pengeluaran sspn i boleh dikreditkan ke akaun bank ape je? Tabung haji @ maybank boleh?
ReplyDeleteAs salam..nk tanye pengeluaran sspn i boleh dikreditkan ke akaun bank ape je? Tabung haji @ maybank boleh?
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.