Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kisah Pekerjaan Yang Mulia

Kisah Pekerjaan Yang Mulia - Apapun pekerjaan yang kita lakukan yang utama ia haruslah kerja yang halal dan diberkati Allah. Tidak mengira apa pun kerja tersebut, ia tetap dipandang tinggi asalkan memenuhi syariat dan lunas-lunas kehidupan.

Di bawah ini saya kongsikan satu kisah pekerjaan yang mulia pada zaman Rasulullah S.A.W. sebagai iktibar untuk kita semua.
 

Kisah Pekerjaan Yang Mulia




Pada zaman Rasulullah ada seorang wanita kulit hitam yang bernama Ummu Mahjan. Dia selalu melapangkan masa untuk kerja membersihkan masjid.

Ummu Mahjan kemudiannya meninggal dunia dan dikebumikan. Selang beberapa hari, apabila Rasulullah lalu di kuburnya, barulah dikhabarkan bahawa kubur tersebut ialah kubur Ummu Mahjan. Rasulullah menegur para sahabat yang tidak memaklumkan kepadanya tentang kematian Ummu Mahjan. Lalu Rasulullah berdiri dan solat jenazah di atas kuburnya. 

Sesudah itu Rasulullah menyeru Ummu Mahjan dari atas kuburnya. Sabdanya "Assalaamu'alaikum, ya Ummu Mahjan! Pekerjaan apakah yang paling bernilai dalam amalanmu?"

Rasulullah diam sejenak. Kemudian baginda bersabda, "Dia menjawab bahawa pekerjaan membersihkan masjid adalah pekerjaan yang paling bernilai di sisi Allah. Allah berkenan mendirikan rumah untuknya di syurga dan dia kini beristirehat di dalamnya."

Teladan: Sesungguhnya perkerjaan membersih, mengemas, mengurus dan mengimarah masjid adalah suatu pekerjaan mulia dan mempunyai jaminan ganjaran yang tinggi di sisi Allah. Janganlah biarkan jaminan Allah ini direbut oleh pegawai dan jawatankuasa masjid sahaja. Sepatutnya kelapangan masa yang ada patutlah diguna untuk kerja di atas sebagai bekalan untuk kita kembali kepada Allah. Daripada bersenam kerana nak mengelurkan peluh, nak sihat dan nak panjangkan umur, bukankah lebih baik datang membersihkan masjid, berpeluh pun boleh, sihat pun boleh, jaminan ganjaran di sisi Allah pun dapat.

Subhanallah...pekerjaan yang mulia itu pun walaupun sekadar tukang bersih begitu dipandang tinggi.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close