Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

10 Mutiara Kata Terhebat Untuk Wanita

10 Mutiara Kata Terhebat Untuk Wanita - Wanita adalah golongan yang hebat dan penuh rahsia. Ada pepatah mengatakan wanita itu sendiri adalah sebuah rahsia! Ini bermakna wanita harus menjadi contoh dan falsafah kehidupan buat kaum lelaki dan juga orang sekelilingnya agar dapat kita menumpang kecemerlangan yang dibawanya!

Wanita sumber inspirasi. Oleh kerana itu saya akan kongsikan 10 mutiara kata hebat khas untuk wanita yang boleh kita pelajari dan renungkan kebenarannya.

10 Mutiara Kata Terhebat Untuk Wanita  




1) Berhati-hatilah jika engkau membuat wanita menangis kerana Allah yang Maha Tinggi menghitung butir-butir air matanya. Wanita berasal dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kakinya untuk diinjak-injak, bukan pula dari tulang kepalanya sehingga menjadi penguasa. Wanita berasal dari sisi lelaki untuk menjadi pendampingnya, di bawah lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan jantungnya untuk dicintai.

2) Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

3) Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki.

4) Air mata seorang wanita adalah air mata kehidupan. Sekuat manapun seorang wanita pasti akan menitiskan airmata. Biarlah air mata yang mengalir itu adalah air mata suci yang di berkahi disisi Allah SWT.

5) Sesungguhnya wanita (sanggup) menyembunyikan cinta selama empat puluh tahun, namun dia tidak (sanggup) menyembunyikan kebenciannya walaupun hanya sesaat. 

6) Isteri yang cantik ialah isteri yang menanam kecantikannya di dalam hati suaminya.

7) Isteri cerdik dan solehah mampu mengubah padang pasir kepada taman buahan yang indah.

8) Cantik wanita kerana kejernihan wajah, manisnya wanita kerana seyuman indah, ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriah, hebatnya wanita kerana kesabaran dan mulianya wanita kerana keimanan.

9) Wahai wanita...sesungguhnya sesetengah perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik), nescaya tumbuh sebahagiannya.

10) Buat seorang wanita harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang sholeh.

Semoga perkongsian 10 mutiara kata terhebat untuk wanita di atas dapat menjadikan hidup seorang wanita lebih bermakna dan indah dengan panduan hidup yang dituliskan.


Sebarkan Bahagia:

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close