Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Airmata Berharga Seorang Wanita

Airmata Berharga Seorang Wanita - Wanita bukanlah insan yang lemah sebaliknya wanita sering menangis dan tersentuh kerana mereka dikurniakan dengan sifat-sifat yang lembut dan sensitif sesuai dengan fitrahnya sejak asal kejadian lagi. Tipulah jika anda sebagai seorang wanita tidak pernah menangis seumur hidup anda. Menangislah jika sebuah tangisan itu boleh membasuh luka dan tekanan yang sedang ditanggung.

Jangan malu untuk menangis.  Sebaik-baiknya menangislah di hadapan TuhanMu ketika kamu bersujud  kepadaNya.




Airmata Berharga Seorang Wanita


1. Kehilangan Insan Yang disayangi


Wanita menangis ketika kehilangan orang yang mereka sayangi seperti ibubapa, suami, anak-anak dan sebagainya. Tangisan wanita ketika ini amat mahal harganya dan tulus ikhlas kerana kehilangan tempat mencurah kasih dan sayang dan tempat bermanja. Janganlah dihalang tangisan wanita swwaktu kehilangan ini kerana ia boleh mengakibatkan tekanan di dalam hati mereka. Kesannya amat teruk jika jiwa wanita telah tertekan. Mereka boleh jadi diam beberapa ketika tanpa berkata-kata atau ada sesetengahnya langsung tidak boleh bangun kerana trauma yang dahsyat iaitu tidak dapat menerima kenyataan sebuah kehilangan tersebut.

Oleh itu berikan ruang bagi wanita menangis dan pujuklah mereka dengan cara yang elok. Ajaklah mereka beristighfar dan mengadu kepada Allah. Mudah-mudahan hati yang lembut ini mudah sembuh.


2. Kesakitan suami dan anak-anak


Wanita akan menangis ketika melihat suami atau anak-anaknya sakit atau demam yang teruk. Wanita tidak akan menyorokkan kesedihan mereka. Jiwa wanita amat transparent. Anda akan mudah melihat tangisan mereka ini terutamanya jika anak kecil mereka di tahan di hospital akibat penyakit kronik. Ketika ini airmata wanita amat berharga. Airmata wanita lambang kasih sayang sejati seorang ibu atau seorang isteri.


3. Melihat orang susah


Airmata wanita juga akan menitis ketika melihat kesusahan orang lain. Contohnya jika ada rakan-rakan menceritakan kesusahan mereka ataupun menonton rancangan televisyen mengenai bencana yang menimpa sesebuah keluarga. Dalam kes sebegini ramai wanita yang tidak tahu kadangkala diri mereka tertipu oleh lakonan orang sekeliling mereka. Ada irang yang berlakon hidup susah untuk hidup senang. Jadi wahai wanita, simpan airmata berhargamu demi mengelakkan dirimu berasa terlalu lemah dan mudah dibohongi.


4. Dikhianati oleh orang tersayang


Yang ini memang airmata wanita mudah mengalir. Airmata yang berharga ini amat mudah mengalir apabila kepercayaan yang diberikan dikhianati oleh orang yang dia sayangi. Contohnya suami curang, kawan baik memfitbah dan membawa cerita buruk tentangnya dan apabila adik beradik menjauhinya.

Airmata wanita bukanlah murah harganya. Namun jika orang yang mereka sayangi telah menyakitkan hatinya, airmata wanita mudah mengalir kerana sedih dan terkilan. Jadi, wahai suami-suami di luar sana, jangan khianati kepercayaan yang telah isteri kamu berikan. Sepatutnya kamu berbangga kerana masih ada wanita yang menangis kerana kamu. Wanita menangis kerana mereka tidak mahu kamu terlanjur melakukan kesilapan yang boleh membuat kamu menyesal seumur hidup.


5. Dituduh dan difitnah


Airmata wanita yang berharga akan mengalir kerana difitnah dan dituduh sesuatu yang mereka tidak lakukan. Fitnah amat bahaya dan boleh merosakkan sesuatu bangsa. Walau setinggi mana kedudukan seorang wanita, ia boleh jatuh tersungkur oleh sebuah fitnah dan dendam.

Jadi sebagai wanita yang berkedudukan, anda harus berhati-hati dalam mengeluarkan kata dan pendapat. Ini kerana ketika kita berjaya ada sahaja orang yang debgki dan bersedia untuk menikammu dari belakang. Berhati-hati wahai wanita.


6. Bila insan tersayang lupa hari istimewa


Hah! Yang ini memang selalu berlaku. Tak kira tua atau muda, seorang wanita akan bersedih jika orang tersayang tidak mengingati hari-hari istimewa mereka. Contohnya terlupa tarikh lahir, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Airmata wanita yang berharga akan menitis kerana dia bimbang lama kelamaan dirinya pula yang akan dilupakan.

Wanita menangis kerana dia tidak mahu keseorangan ketika menyambut hari yang bermakna dalam hidupnya. Dan, wanita memang takut kesunyian. Jiwa wanita rapuh dan sensitif. Kasihilah wanita dengan ikhlas dan penuh hikmah. Sapulah airmata wanita agar dia boleh menitiskan airmatanya untuk perkara yang membahagiakannya sahaja.

Jangan biarkan wanita-wanita dalam hidupmu menangis kerana penderitaan yang kamu berikan. Kerana sekali airmata wanita tumpah, ada dendam dan marah yang telah berbekas. Ingatlah, wanita adalah insan yang pendendam.

Sekali mereka melangkah pergi, biarpun dia akan kembali belum tentu hatinya boleh melupakan kesakitan yang telah dirasai.

Berwaspada dengan airmata wanita yang amat berharga!




Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Salam Aynora..slm hujung minggu jgk. Bab wanita nangis ni kan, bg sy yg sudah bekeluarga dan hampir setiap masa dgn anak prmpuan dan isteri...memang itulah senjata terbaik yg ada..bapa/suami akan 'mengalah' . Tapi harus diingat..dlm lain perkara, air mata ibu wajib dipelihara. Jangan sebab kejahilan kita mereka berduka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PCL, terima kasih dengan komen yg membina tersebut. Memang benar airmata wanita amat berharga kerana mereka tidak menangis untuk suka-suka. Hanya ibu atau isteri yang solehah tahu menghargai nilai setitik airmata.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close