Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Menghadapi Boss Yang Garang Di Tempat Kerja

Cara menghadapi boss yang garang di tempat kerja - Bagi anda yang bekerja dan memiliki boss yang garang dan cerewet pasti sedikit sebanyak emosi anda juga terganggu. Bukan sahaja setakat emosi sebaliknya prestasi kerja pun ikut tidak menentu. Betul tak? Bukan anda seorang sahaja yang berkeadaan begitu. Saya pun pernah mengalami pengalaman bekerja dengan boss yang garang dan mementingkan kesempurnaan.

Sedangkan kita sekadar manusia biasa yang mencuba menjadi yang terbaik dalam bidang kerjaya yang kita ceburi. Jadi, mengapa kita harus berhadapan dengan boss yang garang begini? Apa yang perlu kita lakukan bagi mengatasi masalah sebegini?

Cara Menghadapi Boss Yang Garang Di Tempat Kerja 



1) Rileks dan tenangkan hati selalu


Apa sebab boss kita garang? Adakah kerana dia stress melebihi stress kita? Atau sememangnya boss anda itu garang dari azali lagi? Opss...apakah sikap garang seseorang itu boleh diwarisi dari ahli keluarganya? Ini yang selalu pekerja bimbangkan. Dapat boss yang garang macam harimau, suka menuduh dan membuatkan kita rasa bersalah.

Jangan tertekan jika anda dapat boss yang garang begitu. Rileks dan tenangkan hati selalu. Bersedia dengan doa yang boleh melembutkan hati boss yang garang macam itu. Apabila dimarahi, kita dengar dan kemudian berlalu apabila dia telah selesai. Biar boss yang bertambah stress manakala kita tenang sahaja. Lama kelamaan boss pun penat nak melenting tak tentu pasal.    

2) Sentiasa bersedia dengan kerenah boss


Bersedia dengan ilmu dan pengetahuan serta cuba memahami karekter boss kita. Ada banyak bahan bacaan yang boleh dibaca mengenai kerenah boss dan cara menanganinya. Contohnya jika boss sangat perfectionist, maka kita kena menjadi lebih sempurna daripadanya. Maksudnya sentiasa buat perkara atau kerja dengan betul pada pertama kalinya, tidak melakukan 'silly mistake', sentiasa ambil peluang belajar dan sentiasa belajar.

Lama kelamaan boss akan lebih respect kepada kita dan mungkin juga dalam diam mula mengagumi anda!

3) Melebihi jangkaan boss kita


Sebagai kakitangan bawahan kita tak semestinya menurut sahaja tanpa perlu mengambil langkah yang positif memperbaiki kelemahan diri sendiri. Pastikan kita menjadi seseorang yang sentiasa bersikap positif dan memiliki keyakinan yang tinggi apabila berhadapan dengan boss yang garang dan cerewet.

Apa yang boleh kita lakukan adalah sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan sentiasa memikirkan idea yang lebih baik pada setiap masa. Jika boss berikan kerja untuk satu hari, mungkin kita boleh siapkan dalam masa yang lebih singkat seperti setengah hari.

4) Kenalpasti sisi positif dan negatif boss kita


Boss pun manusia juga. Kita makan dan tidur dengan cara yang serupa. Jadi ambil usaha lebih sikit untuk mengenal pasti apakah kelemahan dan kelebihan boss kita itu. Jadikan kelemahannya sebagai kekuatan bagi kita manakala kelebihannya kita jadikan batu loncatan untuk belajar secara diam-diam tentang kesukaannya itu. Contohnya jika boss tidak suka kopi, jangan berikan dia air kopi. Begitulah sebaliknya.

Dengan cara demikian, kita boleh menyesuaikan diri dengan boss yang garang dan cerewet tersebut. Tidak ada yang mustahil jika hendak berjaya dan memikat hati boss agar memudahkan kita melaksanakan tugas yang diberikan.

Secara keseluruhannya, yang penting lakukannya setiap kerja dengan ikhlas. Untuk menghadapi boss yang garang atau cerewet perlu ada ilmu yang tinggi dan tekun melaksanakan tugas yang diberikan. Berbuat baik akan dibalas baik. Selamat bekerja dengan bos yang garang...


Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Setakat ni belum mula kerja lagi. Harap dapat bos yang baik.
    Thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga urusan anda dipermudahkan...thanks kerana singgah di sini.

      Delete
  2. Pernah kerja dengan boss yang garang nih. Kuat melenting dan menjerit terutamanya bila meeting follow up performance....cara terbaik adalah dengan tarik kerusi dan duduk berhampiran sebelah dengan dia dan tenung mukanya dari mula sampai habis. Dia jadi tak selesa dan tak jadi serang kita ...hehehe

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close