Mimpi Hanya Mainan Tidur? - Semalam ada seorang teman bercerita tentang mimpi yang dialaminya. Dalam mimpi tersebut suaminya telah curang dengan seorang wanita dan hubungan mereka amat rapat. Hinggakan ahli keluarga pun sudah mengenali wanita itu. Padahal hubungan dengan suaminya di alam realiti baik-baik sahaja. Jadi, bagaimana nak tahu samada mimpi itu benar atau sebaliknya? Risau juga kawan saya tu...hihi
Adapun mimpi yang batil ialah yang ditimbulkan oleh bisikan nafsu, keinginan, dan hasrat. Mimpi demikian tidak dapat ditakrifkan atau diterima kebenarannya..
Jadi dengan sedikit penerangan di atas, dapatlah kita fahami sedikit sebanyak apa itu mimpi yang benar? Memang ramai yang berkata mimpi hanya mainan tidur tetapi setelah mengetahui ciri-ciri mimpi yang benar, kita boleh buat tafsiran sendiri mengikut akal yang logik dan waras.
Mimpi yang benar ialah yang dialami manusia ketika keadaan psikologinya seimbang dan keadaan cuaca sedang seperti tenang ditandai oleh bergoyangnya pepohonan hingga berjatuhannya dedaunan. Keadaan yang nyaman. Mimpi yang benar tidak didahului dengan adanya fikiran dan keinginan akan sesuatu yang kemudian muncul dalam mimpi. Kebenaran mimpi juga tidak ternodai oleh peristiwa junub dan haid.
Adapun mimpi yang batil ialah yang ditimbulkan oleh bisikan nafsu, keinginan, dan hasrat. Mimpi demikian tidak dapat ditakrifkan atau diterima kebenarannya..
Mimpi Hanya Mainan Tidur?
Tanda-tanda mimpi yang benar:
- Jelas gambaran. Tidak hanya bayangan lemah.
- Jalan cerita pendek
- Memberi kesan pada jiwa hingga masih ada berbaki kesannya selepas terjaga
- Bertentangan dengan kebiasaan.
- Tidak ada hubungan dengan emosi dan fizikal orang yang bermimpi.
- Bukan mimpi hantu yang menakutkan atau mimpi yang amat sedih.
Jenis-jenis mimpi ada tiga macam:
- Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.
- Mimpi yang batil atau permainan syaitan, yaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.
- Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalumenjelma ketika tidurnya.
Jadi dengan sedikit penerangan di atas, dapatlah kita fahami sedikit sebanyak apa itu mimpi yang benar? Memang ramai yang berkata mimpi hanya mainan tidur tetapi setelah mengetahui ciri-ciri mimpi yang benar, kita boleh buat tafsiran sendiri mengikut akal yang logik dan waras.
1 Comments
Huda pon jarang jugak mimpi ni....bukan selalu....
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.