Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tanda-tanda Seseorang Menyukai Anda

Tanda-tanda Seseorang Menyukai Anda - Apa khabar adik-adik blogger sekalian? Semoga waktu rehat hujung minggu anda dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah. Sambil beristirehat, apa kata baca artikel santai berkaitan perasaan menyukai seseorang.

Jika kita sukakan seseorang apa yang perlu kita buat? Adakah kita perlu berterus terang? Atau pendam sahaja perasaan tersebut sehingga si dia tahu sendiri. Terpulanglah...yang penting berterus terang adalah lebih baik. Setuju tak?


Apakah makna empat kuntum bunga ros ini?


Macam mana pula kalau nak tahu seseorang itu sukakan kita? Jom baca dan teroka tanda-tanda seseorang itu menyukai anda.  


Tanda-tanda Seseorang Menyukai Anda

1. Orang itu akan berpeluh

Anda akan dapat melihat yang orang itu akan berpeluh-peluh kecil di sekitar dahi dan tangan mereka. Seperti dia sedang gemuruh walaupun pada waktu itu suhu persekitaran adalah sejuk. Tetapi jika dia baru sahaja lepas bersukan dan berpeluh, jangan pula anda ingat dia menyukai anda pula. Kita tengok juga pada keadaan dan situasi. Tidak semestinya apabila dia berpeluh tandanya dia menyukai anda.

2. Senyum sorang-sorang

Dia sering membuat ‘eye contact’ dengan anda kemudian tersenyum. Setiap kali bila anda lalu dekat dengan dia je, anda akan perhatikan yang dia senyum sorang-sorang. Setiap kali anda lalu je, nampak dia tengah senyum. Padahal dia tengah buat kerja lain, tapi boleh pulak dia tersenyum sorang-sorang.

3. Sweet talker 

Bila dia bercakap dengan anda, dia akan cakap perkara yang baik-baik je. Anda pun rasa selesa sangat-sangat bila bercakap dengan dia. Orang Melayu kata, orang macam ni adalah orang ‘mulut manis’. Daripada kempis sehingga jadi besar la punggung kita bila asyik kena puji je dengan dia.

4. Jantung berdegup kencang 

Jantung anda akan berdegup kencang apabila setiap kali berjumpa dengan dia. Bukannya sebab anda nervous, tetapi disebabkan dia menghantarkan satu aura yang membuatkan diri dalaman anda terasa getaran aura yang dia pancarkan.

5. Mudah berangan 

Dia mudah berangan bila bercakap dengan anda. Bila anda bercakap je dengan dia, tiba-tiba mata dia asyik tengok je wajah anda. Bila anda tanya, tak menyahut. Anda lambai-lambai depan mata dia pun, tak berkelip. Itu tandanya yang dia memang betul-betul menyukai anda sebab dia tengah berangan sesuatu tentang diri anda.

6. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. 

Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang ‘stalker’!

Namun begitu suka tidak semestinya cinta. Dan jika seseorang sukakan kita tentunya ada sebab, samada niat tersurat ataupun tersirat. Jadi berhati-hatilah jika ada orang yang mengakui menyukai anda tetapi diragui keikhlasannya. Jangan sampai terkena. Waspada sentiasa ya!

Secara kesimpulannya, tanda-tanda seseorang menyukai anda itu tak semestinya sama antara individu dan individu yang lain. Banyak kriteria yang membezakan hal ini. Contohnya faktor bulan kelahiran, persekitaran keluarga, juga latar belakang pendidikan dan banyak lagi. Paling tidak, ketahui tanda-tanda yang saya senaraikan di atas juga memadai dijadikan panduan. 

   

Read More ....


Post a Comment

5 Comments

  1. Assalamualaikum.. hehe teringat masa zaman bercinta dengan suami. mula2 jadi kawan rapat je. kita tak sedar kawan tu menaruh harapan. last2 bila confess, kita buat derk je. hahaha. tahu2 relationship tu berjalan tanpa sedar. gamble terus kawin padahal kenal tak sampai setahun. syukur alhamdullilah, ditemukan jodoh dengan suami. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..so sweet Sheila dgn suami. Semoga perhubungan itu berkekalan. Itu namanya suka dan cinta, 2 in 1...

      Delete
  2. Subhanallah.. Barrakallahu laka wa barraka 'alaika...

    ReplyDelete
  3. zaman dah berlalu, tapi ia tak semesti suka pada seseorang, mungkin suka pada benda/artikel/cerita/pasukan bola. memang akan terasa semua macam tips kat atas tu.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close