Buah-buahan Kegemaran Rasulullah | Rasulullah s.a.w amat mementingkan pemakanannya dan mengambil banyak sayur-sayuran, biji-bijian dan buah-buahan dalam menu harian. Nabi Muhammad s.a.w biasa mengamalkan memakan barli, oat dan habatus sawda kerana ia kaya dengan antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkat sistem imun badan, menyihatkan jantung dan mengawal penyakit kencing manis.
Selain daripada itu Rasulullah juga sukakan buah-buahan. Antara buah-buahan kegemaran Rasulullah adalah kurma, tembikai, buah zaitun, buah tin, anggur dan buah delima.
Buah-buahan Kegemaran Rasulullah
1) Kurma
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan”, ia juga baik dimakan ketika mengandung.
Kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat. Jadi terbukti bahawa kurma adalah buah paling berkhasiat di dunia. Buah kurma juga dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal (buah pinggang).
2) Anggur
Rasulullah صلى الله عليه وسلم sangat gemar makan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.Menurut Tahlbah, anggur sudah dikenali sejak zaman Nabi Nuh AS lagi. Tanaman yang berbuah manis dan lazat ini tumbuh memanjat/menjalar ke atas, berlawanan arah dengan hujung kuncupnya, dan searah dengan penongkat anggur. Sebagai ubat, anggur memiliki kandungan zat yang sangat tinggi. Tahlbah menceritakan bahawa buah anggur boleh mengubati batuk, membersihkan darah, membersihkan usus dan pencernaan. Bukan itu saja, buah anggur juga boleh dimanfaatkan bagi sesiapa yang henda melakukan diet iaitu mengatur pola makanan.
3) Buah Tin/Ara
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.” **Sumber
Ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir. Buah Tin/ Ara kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan( Obesiti). Bahkan daun dari tanaman tin memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon tin/ ara dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah asupan insulin. Makan buah tin/ ara sebagai rutin harian dapat membantu mengurangi risiko kanser payudara.
Dan lagi, makan buah tin/ ara dapat mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah Anemia.
Rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut. Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
Dan lagi, makan buah tin/ ara dapat mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah Anemia.
4) Buah Zaitun
Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".Rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut. Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
5) Tembikai
Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda, “Tiada seorangpun wanita yang mengandung dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya”.
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."
Khasiat buah delima amatlah banyak antaranya biasa digunakan untuk membersihkan kulit dan mengurangi peradangan pada kulit. Khasiat buah delima tersebut boleh diperolehi dengan berbagai cara antaranya dalam bentuk sari buah atau boleh juga dengan memakan bijinya, sirap, pasta atau jus delima.
Selain yang sudah disebutkan tadi, khasiat buah delima bagi kesihatan antara lain dapat merawat penyakit-penyakit seperti gangguan perut, gangguan jantung, kanser, rawatan gigi, kurang darah dan diabetes.
Sebagai kesimpulannya, makanlah dengan punca rezeki yang halal dan makanan yang berkhasiat. Lebih-lebih lagi jika kita makan berpandukan amalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.aw. Apa kata kita jadikan ayat dari al-Quran berikut sebagai renungan.
6) Delima
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.Selain yang sudah disebutkan tadi, khasiat buah delima bagi kesihatan antara lain dapat merawat penyakit-penyakit seperti gangguan perut, gangguan jantung, kanser, rawatan gigi, kurang darah dan diabetes.
Sebagai kesimpulannya, makanlah dengan punca rezeki yang halal dan makanan yang berkhasiat. Lebih-lebih lagi jika kita makan berpandukan amalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.aw. Apa kata kita jadikan ayat dari al-Quran berikut sebagai renungan.
''Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.'' ( QS: An Nahl: ayat 11)
6 Comments
Assalamualaikum. nice sharing aynora. sheila suka makan kurma, kismis dengan buah delima tu. hehee
ReplyDeleteKurma, kismis & delima memang amat bagus untuk ibu mengandung...moga Sheila selamat dan sihat sepanjang pregnancy period ni ye..
Deletein shaa Allah, terima kasih aynora (",)
Deletekurma makanan memang banyak khasiat.. :-)
ReplyDeleteYUP DEAR! MAKANAN PALING BERKHASIAT DI DUNIA!
DeleteUntuk ibu menyusu pun bagus amalkan makanan sunnah nie.. =)
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.