Duhai Lelaki! Uruskan Marahmu! - Kita selalu dengar kes panas baran mesti lelaki. Kalau kes cemburu buta sampai belasah pasangan pun lelaki. Kenapa lelaki cepat marah? Mengapa ada sikap panas baran pada sesetengah lelaki? Apakah yang menyebabkan mereka marah-marah tak tentu pasal walhal kerana sebab yang kecil dan remeh sahaja. Mungkin orang lelaki kena jawab soalan ini. Haha...jangan marah saya pulak...
Apakah yang dimaksudkan dengan marah? Memetik definisi Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 2002) menakrifkan marah sebagai berasa panas hati (kerana ditipu, dihina dan lain-lain), perasaan panas hati, berang, gusar dan murka. Tetapi perkataan murka di dalam kebudayaan Melayu biasanya dirujuk kepada kemarahan Allah, para Nabi dan juga Sultan.
Jenis pemarah adalah kategori yang kerap kita jumpa. Mereka yang duduk dalam kelompok ini cukup senang untuk marah. Emosi mereka ini tidak berada dalam keadaan stabil. Apa saja yang tidak kena di mata mereka akan mencetuskan kemarahan.
Mereka juga sering marah tanpa usul periksa. Sering kali berlaku apa yang mereka marahkan adalah perkara yang tidak patut dimarahi dan perkara yang benar. Selepas rasa kemarahan mula kembali normal, mereka mula sedar akan kesilapan diri dan ini membuatkan mereka malu sendiri.
Meskipun begitu, ego membuatkan mereka menolak untuk melakukan permohonan maaf atas kemarahan yang ditunjukkan sebelumnya. Itu adalah normal dan acap kali berlaku apabila seseorang individu begitu berat memohon maaf.
2) Kategori kedua pula adalah panas baran.
Ramai orang menjadikan kelompok pemarah ini sama dengan kelompok panas baran. Tapi sebenarnya secara kasar dan luaran, ada bezanya.
Orang yang panas baran adalah orang yang rasional. Orang yang panas baran tidak marah sekerap orang pemarah. Mereka sebolehnya menahan api kemarahan di dalam diri. Namun apabila mereka mula marah, api kemarahan itu akan menjangkau imaginasi kebiasaan hingga banyak perkara akan berlaku.
Orang yang pemarah akan menzahirkan marah itu ditonjolkan dengan mulutnya yang bising. Mereka akan mengomel dan meninggikan suara hingga marah mereka mula kendur. Orang yang pemarah akan mengambil masa lama untuk meredakan apinya.
Berbeza si panas baran, sikapnya adalah api besar yang menyala terus hingga luahan fizikal berlaku. Orang panas baran akan menunjukkan api kemarahannya dengan aktiviti fizikal dan ia boleh membawa kecederaan pada orang lain atau kerosakan pada harta benda. Namun mereka cepat reda tetapi keredaan itu berlaku selepas wujudnya kerosakan fizikal.
Sumber
Secara keseluruhannya, kita boleh katakan bahawa sifat marah atau panas baran adalah sifat yang tidak elok. Selain tidak bagus untuk kesihatan, ia juga memenatkan. Kerana, ketika marah kita memerlukan tenaga yang banyak dan lagi pula, ia menyusahkan ramai pihak. Jadi, duhai lelaki! Uruskan marahmu secara berhemah.
Apakah yang dimaksudkan dengan marah? Memetik definisi Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 2002) menakrifkan marah sebagai berasa panas hati (kerana ditipu, dihina dan lain-lain), perasaan panas hati, berang, gusar dan murka. Tetapi perkataan murka di dalam kebudayaan Melayu biasanya dirujuk kepada kemarahan Allah, para Nabi dan juga Sultan.
Cara menguruskan marah atau sifat panas baran
1. Beristighfar
Paling mudah dan tak perlukan kos dan nasa yang banyak. Segeralah beristighfar jika perasaan marah datang menerla. Perasaan marah ni adalah hasutan syaitan semata-mata. Kerja syaitan kan buat orang bermusuhan dan porak poranda. Sebab itu kita disarankan segera beristighfar jika rasa nak marah sangat...2. Ambil air sembahyang
Jika sudah beristighfar pun masih rasa panas hati, cepat-cepat ambil air sembahyang dan lakukanlah solat sunat, sekurang-kurangnya dua rakaat. Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang!3. Mengingati perkara-perkara yang menggembirakan
Apabila rasa nak marah cuba segera ingatkan perkara-perkara yang indah atau kenangan yang lucu. Mesti rasa marah tu taklah membara sangat, jika asalnya darjah kemarahan naik 360 darjah, mesti boleh turun tinggal 90 darjah je.4. Bersendirian sebentar
Jika sedang marah pada bos dalam mesyuarat contohnya, ambil nafas dan keluar dari bilik mesyuarat sekejap. Jauhkan pandangan kita daripada orang yang kita rasa nak marah tu. Jika tidak berbuat demikian, ditakuti panas baran kita naik memuncak dan boleh mebgakibatkan pergaduhan pula. Sebabnya, orang panas baran jika tidak di kawal kemarahan tersebut boleh akibatkan perbalahan atau pergaduhan yang serius.Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :Apabila kamu marah,dan ketika itu berada di dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan.Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring. (Riwayat Muslim)
5. Minum Air Masak
Ha! Duhai lelaki! Jika anda mahu mengurangkan sifat panas baran anda, cubalah minum air banyak-banyak. Air sifatnya sejuk dan menenangkan. Insya Allah dengan minum air masak hati menjadi lembut dan tenang. Kemudian barulah fikirkan cara untuk menyelesaikan sebarang perbalahan dengan cara yang diplomasi.6. Jumpa pakar
Akhir sekali, inilah jalan terbaik. Jika rasa marah itu sudah tidak terkawal lagi, pergilah jumpa pakar yang arif dalam menangani masalah panas baran atau cepat marah ini.Marah ada 2 jenis:
1) Pertama adalah pemarah.Jenis pemarah adalah kategori yang kerap kita jumpa. Mereka yang duduk dalam kelompok ini cukup senang untuk marah. Emosi mereka ini tidak berada dalam keadaan stabil. Apa saja yang tidak kena di mata mereka akan mencetuskan kemarahan.
Mereka juga sering marah tanpa usul periksa. Sering kali berlaku apa yang mereka marahkan adalah perkara yang tidak patut dimarahi dan perkara yang benar. Selepas rasa kemarahan mula kembali normal, mereka mula sedar akan kesilapan diri dan ini membuatkan mereka malu sendiri.
Meskipun begitu, ego membuatkan mereka menolak untuk melakukan permohonan maaf atas kemarahan yang ditunjukkan sebelumnya. Itu adalah normal dan acap kali berlaku apabila seseorang individu begitu berat memohon maaf.
2) Kategori kedua pula adalah panas baran.
Ramai orang menjadikan kelompok pemarah ini sama dengan kelompok panas baran. Tapi sebenarnya secara kasar dan luaran, ada bezanya.
Orang yang panas baran adalah orang yang rasional. Orang yang panas baran tidak marah sekerap orang pemarah. Mereka sebolehnya menahan api kemarahan di dalam diri. Namun apabila mereka mula marah, api kemarahan itu akan menjangkau imaginasi kebiasaan hingga banyak perkara akan berlaku.
Orang yang pemarah akan menzahirkan marah itu ditonjolkan dengan mulutnya yang bising. Mereka akan mengomel dan meninggikan suara hingga marah mereka mula kendur. Orang yang pemarah akan mengambil masa lama untuk meredakan apinya.
Berbeza si panas baran, sikapnya adalah api besar yang menyala terus hingga luahan fizikal berlaku. Orang panas baran akan menunjukkan api kemarahannya dengan aktiviti fizikal dan ia boleh membawa kecederaan pada orang lain atau kerosakan pada harta benda. Namun mereka cepat reda tetapi keredaan itu berlaku selepas wujudnya kerosakan fizikal.
Sumber
Secara keseluruhannya, kita boleh katakan bahawa sifat marah atau panas baran adalah sifat yang tidak elok. Selain tidak bagus untuk kesihatan, ia juga memenatkan. Kerana, ketika marah kita memerlukan tenaga yang banyak dan lagi pula, ia menyusahkan ramai pihak. Jadi, duhai lelaki! Uruskan marahmu secara berhemah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.