Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenali Personaliti Diri Melalui Cara Tidur

Kenali Personaliti Diri Melalui Cara Tidur - Bagaimanakah cara tidur anda dapat mempengaruhi personaliti dan watak anda di alam realiti? Ada orang suka tidur mengiring, ada yang suka tidur terlentang dan ada pula yang tidur meniarap.



Mengikut pembacaan saya, kanak-kanak yang berdengkur atau mempunyai gangguan waktu tidur (apnea) iaitu nafas yang terhenti panjang semasa tidur lebih cenderung untuk mengalami masalah tingkah laku berbanding daripada kanak-kanak yang bernafas seperti biasa semasa tidur.

Selepas membuat kajian lebih daripada 11,000 kanak-kanak selama enam tahun, kajian mendapati bahawa kanak-kanak dengan masalah pernafasan semasa tidur sekurang-kurangnya 40 peratus lebih berkemungkinan untuk mengalami masalah tingkah laku seperti hiperaktif dan agresif.

Apnea adalah masalah pernafasan yang boleh berlaku semasa tidur termasuk kerap berdengkur, pernafasan melongo dan apnea tidur. Tanda-tanda apnea tidur boleh berlaku pada siang hari atau malam. Pada waktu malam, individu mungkin berdengkur dengan kuat dengan episod berkala di mana pernafasan sepenuhnya berhenti. Malah, Persatuan Sleep Apnea Amerika menyatakan bahawa beberapa individu mungkin berhenti bernafas beratus-ratus kali dalam satu malam.

Kenali Personaliti Diri Melalui Cara Tidur


1) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


2) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

3) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

4) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

5) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.


6) Tidur Mengiring 


Tidur secara mengiring adalah posisi tidur yang paling banyak dalam kalangan manusia. Orang yang suka tidur mengiring sering bimbang terhadap sesuatu perkara. Mereka juga adalah golongan manusia yang sensitif dan pemalu.

7) Tidur Mengiring Tetapi Lurus

Orang yang suka tidur secara mengiring dan lurus sangat baik untuk kesihatan tulang belakang. Mereka adalah orang yang boleh dipercayai dan mudah untuk bergaul.


8) Tidur Lurus & Terlentang

Orang yang suka tidur dalam keadaan lurus dan tanpa bantal sering mengalami masalah sakit belakang. Mereka juga tidak suka perkara yang remeh-temeh. Orang yang tidur secara lurus juga sering bersikap pendiam.

9) Tidur Cara Meniarap

Orang yang tidur secara meniarap cenderung mengalami masalah pernafasan. Mereka juga suka menjadi ketua atau menguasai sesuatu. Mereka sangat yakin dengan diri sendiri.

10) Tidur Terlentang & Gaya Bebas

Ada sesetengah orang yang suka tidur secara terlentang. Mereka sering berdengkur semasa tidur. Mereka juga adalah sahabat dan pendengar yang baik.

Jika dilihat daripada senarai tidur di atas, yang mana satukah anda? Apakah secara keseluruhannya ia tepat dengan perwatakan dan personaliti diri anda? Kenali Personaliti Diri Melalui Cara Tidur yang disenaraikan di atas adalah sekadar panduan dan bacaan umum. Jika ada yang sama dengan personaliti diri anda anggaplah ia sekadar kebetulan yang menarik untuk dikongsikan. 

Selamat tidur dan mimpi indah-indah! Haha... 


Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close