Keyakinan Dan Takdir Yang Lebih Baik - Kita diharuskan mencari kebaikan dan membuat kebaikan juga dalam masa yang sama. Sebagai muslim yang mengaku beriman kepada Allah, apa saja yang kita buat haruslah dengan niat untuk memberikan yang terbaik buat orang di sekeliling kita tidak mengira kaum walhal dengan musuh sendiri! Insya Allah segala prasangka baik yang kita tanamkan akan dibalas dengan beribu kebaikan oleh Yang Maha Berkuasa!
Di dalam al-Quran terdapat sekumpulan ayat-ayat yang mengajarkan bahawa Allah memerintahkan manusia untuk berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita dan tujuan hidup yang dipilihnya.
Oleh kerana manusia itu lemah (antara lain tidak tahu akan takdirnya) maka diwajibkan untuk berusaha secara bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan hidupnya yaitu beribadah kepada Allah. Dalam menjalani hidupnya, manusia diberikan pegangan hidup berupa wahyu Allah yaitu Al Quran dan Al Hadits untuk ditaati.
4. Pilihan yang tepat menuju ke jalan Syurga - Apabila di hadapan anda terdapat 2 buah jalan; yang satu menuju daerah yang penuh kekacauan dan ketidakamanan, sedangkan jalan yang satunya menuju daerah yang penuh ketentraman dan keamanan. Akan kemanakah anda akan melangkahkan kaki? Akal sihat tentu tidak memilih jalan yang pertama. Maka demikian pulalah seharusnya kita bersikap dalam memilih jalan yang menuju kehidupan akhirat kita, hendaknya jalan ke syurga itulah yang kita pilih bukan sebaliknya. Alangkah tidak adilnya manusia yang memilih kesenangan duniawi dengan akalnya namun justeru memilih kesengsaraan akhirat dengan dalih takdir dan membuang akal sihatnya.
"Tinggalkan prasangka-prasangka buruk, kerana itu akan menghambat kemajuan anda. Allah berfirman : Sesungguhnya prasangka itu tidak berguna sama sekali untuk kebenaran atau kemajuan. (Surah Yunus: ayat 39)
Keyakinan adalah suatu sikap yang ditunjukkan oleh manusia saat ia merasa cukup tahu dan menyimpulkan bahwa dirinya telah mencapai kebenaran. Kerana keyakinan merupakan suatu sikap, maka keyakinan seseorang tidak selalu benar atau keyakinan semata-mata bukanlah jaminan kebenaran.
Keyakinan adalah inti keimanan. Dimulai dengan keyakinan kepada Allah, percaya sepenuh hati bahawa Allah adalah Tuhan, Pemilik, Pemelihara, dan Pemberi segala-galanya. Keyakinan kepada Allah melahirkan keyakinan-keyakinan lain atas apa yang di ciptakan Allah. Bahawa setiap yang diciptakan Allah memiliki karakter dan kemampuan yang menjadi ciri khasnya sendiri.
Manusia diciptakan Allah memiliki fitrah dan karakter yang luar biasa dibandingkan makhluk lain. Manusia adalah gambaran Khaliq, memiliki sepercikan sifat-sifat Tuhan yang mampu melakukan apa saja. Ertinya, kita harus yakin terhadap apa saja yang hendak kita kerjakan, kita harus yakin akan boleh mencapai tujuan, kita harus yakin Allah akan memberikannya. Kita juga harus yakin bahawa apa yang kita kerjakan akan mendatangkan hasil dan mendapat pahala.
Takdir adalah ketentuan suatu peristiwa yang terjadi di alam buana ini yang meliputi semua sisi kejadiannya baik itu mengenai kadar atau ukurannya, tempatnya mahupun waktunya. Dengan demikian segala sesuatu yang terjadi tentu ada takdirnya, termasuk manusia.
Takdir adalah ketentuan suatu peristiwa yang terjadi di alam buana ini yang meliputi semua sisi kejadiannya baik itu mengenai kadar atau ukurannya, tempatnya mahupun waktunya. Dengan demikian segala sesuatu yang terjadi tentu ada takdirnya, termasuk manusia.
Di dalam al-Quran terdapat sekumpulan ayat-ayat yang mengajarkan bahawa Allah memerintahkan manusia untuk berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita dan tujuan hidup yang dipilihnya.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia (Ar Ra'd / QS. 13:11)
Secara keseluruhannya, daripada artikel di atas bolehlah disimpulkan bahawa:
1. Kita adalah mansia yang diberikan akal dan fikiran serta makhluk paling sempurna ciptaannya maka sewajarnya lakukan perkara-perkara yang baik dan terbaik sesuai dengan fitrah kejadian kita. Hindari melakukan kejahatan dan berniat jahat antara sesama manusia di muka bumi ini. Sekelumit kita berniat untuk berbuat baik, sudah dituliskan pahala buat kita apatah jika kebaikan itu dapat disempurnakan demi kerana Allah, berganda pahala yang Allah berikan. Masya'Allah.
2. Jangan menaruh prasangka kepada orang sekeliling kita apatah lagi terhadap Sang Pencipta kita. Sebagaimana Allah berfirman bahawa prasangka itu membunuh kemajuan dan tidak mendatangkan kebaikan walau sebesar zarah pun.
3. Usah berputus asa dengan cepat atas setiap takdir yang diturunkan kepada kita. Berfikir secara matang bahawa takdir yang Allah berikan kepada kita samada baik atau sebaliknya ada sesuatu hikmah yang kita tidak ketahui. Bukankah hanya Allah Yang Maha Mengetahui? Jadi, berprasangka baiklah yang Allah akan mengurniakan kita dengan kebahagiaan selepas diuji dengan musibah.
Suatu waktu dahulu ada pencuri yang hendak dipotong tangan oleh khalifah Umar, namun pencuri ini mengatakan, “Wahai Amirul Mukminin sesungguhnya aku mencuri hanya kerana takdir Allah.”
Umar pun menjawab, “Dan Kami pun memotong tangan anda dengan takdir Allah.” Lalu siapakah yang kejam? Bukan takdir Allah yang kejam tapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. #sumber
Wallahu'alam...
7 Comments
Assalamualaikum aynora, nice sharing dear... jauhi prasangka buruk, sentiasa bersangka baik ~~~
ReplyDeletethank you Sheila
Deletebersangka buruk dgn Allah tak bawa bahagia... duka lagi adalah... percaya pada ketentuan Nya
ReplyDeletethanks msredcheesecake, kena ada kepercayaan dengan takdir yang Allah turunkan. Apa yg kita terima sebagai dugaan, itulah yg kita termampu. Sentiasa bersangka baik kepadaNya..
Deletethanks sharing...
ReplyDeletewelcome dear..
ReplyDeleteAlhamdulillah. saya dapat ilmu baru harini ^_^
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.