Khasiat Buah Kelapa Untuk Kesihatan - Dari sumber Wikipedia, buah kelapa merupakan "buah kering" yang dikenali sebagai pepauh (ataupun drup) bergentian (bukannya "kacang"). Mesokarpa terdiri daripada gentian yang dikenali sebagai sabut dan terdapat tempurung (endokarpa). Tempurung keras mempunyai tiga liang percambahan yang jelas kelihatan di permukaan luar apabila sabutnya dibuang. Melalui salah satu darinya pucuk keluar apabila embrionya bercambah. Apabila dilihat dari satu bahagian, tempurung dan liang percambahan kelihatan seperti muka monyet yang merupakan istilah bahasa Portugis iaitu coco...hihi...iya ke?
Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya bahagian akar dan pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun; dengan itu, ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malah, nama pokok kelapa dalam bahasa Sanskrit adalah kalpa vriksha, yang diterjemahkan sebagai "pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan". Kegunaan pelbagai bahagian kelapa termasuk:
Khasiat buah kelapa untuk kesihatan bukan sahaja datangnya daripada buah kelapa itu semata-mata, tetapi air kelapa muda juga amat terkenal di negara kita dengan khasiatnya yang tersendiri. Air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Dalam masyarakat Melayu terutamanya, kelapa tua diproses untuk dijadikan kelapa parut, santan dan minyak masak seharian.
- batang kelapa boleh dibuat titi serta bahan pembinaan untuk rumah seperti papan, dinding dan lantai
- daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan
- lidi kelapa boleh dibuat penyapu
- sabut kelapa boleh dibuat tali
- tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barangan kraftangan
- serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian
- minyaknya sebagai minyak masak, minyak pelita dan sabun
Khasiat Buah Kelapa Untuk Kesihatan
Meningkatkan Sistem Imun Pada Tubuh
Dengan menggunakan buah kelapa akan menambah dan bermanfat besar pada peningkatan sistem imun atau kekebalan tubuh yang anda miliki. Dengan yang demikian, tubuh tidak mudah berjangkit oleh berbagai jenis penyakit. Ini kerana buah kelapa bersifat antivirus, anti bakteri serta anti kulat.
Tulang Yang Lebih Kuat
Buah kelapa mengandungi sumber kalsium dan magnesium untuk kesihatan tulang anda. Maka dari itulah, untuk mencegah pereputan tulang (osteoporosis) yang menyerang kalangan orang dewasa dan remaja, bolehlah mula menggunakan atau makan buah kelapa (isinya).Jantung Yang Lebih Sihat
Kandungan lemak jenuh dalam minyak kelapa dapat mengurangi potensi pengumpulan lemak dibahagian arteri pada organ jantung anda.
Awet Muda Sepanjang Waktu
Minyak yang berasal dari buah kelapa bersifat antioksidan, yang memiliki fungsi memperlambatkan proses penuaan dengan cara melindungi tubuh dari berbagai radikal bebas yang sangat berbahaya yang tersebar di udara bebas.
Sistem Pencernaan Lebih Bagus
Kandugan serat yang cukup tinggi dalam buah kelapa, menjadikan buah ini sangat baik untuk menjaga sistem dan organ pencernaan agar lebih sihat. Ini menyebabkan gangguan pencernaan serta gangguan buang air besar (sembelit) tidak akan berlaku lagi.
Rambut Yang Lebih Sihat Dan Bersinar
Rutin membasahkan rambut di malam hari dengnn minyak kelapa dan mencuci atau membilasnya pada keesokan harinya, akan mampu meningkatkan kesihatan rambut di kulit kepala anda serta menjadikan rambut hitam bersinar.
Gigi Yang Lebih Kuat
Dengan menggunakan buah kelapa, gigi jadi lebih kuat. Ini adalah kerana akan, buah kelapa memiliki kandungan kalsium serta magnesium yang merupakan zat yang diperlukan oleh gigi agar lebih kuat dan sihat setiap waktu.
Selamat membaca sambil minum air kelapa? Hihi...Sedap kan, boleh jaga kesihatan juga!
6 Comments
suka minum air kelapa muda.. hohoho
ReplyDeleteAir kelapa muda bagus utk hilangkan panas dalam badan..
DeleteBanyak kelebihan buah kelapa ni. Hebat Allah ciptakan semua ini kepada kita manusiakan.
ReplyDeleteMmg sedap minum air kelapa ketika panas nih...
ReplyDeleteJika nak dijadikan ubat, Mulakan dengan membaca fatihah1x kepada air kelapa dan hembuskan ke air kelapa ittu, bila hendak minum bacakan selawat syifa dan dan minum dengan niat untuk kesembuhan.
ReplyDeleteTerima kasih rosdi9
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.