Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan Di Bank Terpilih - Demam Income Tax dah bermula. Anda sudah buat tugas anda sebagai pembayar cukai? Untuk tahun taksiran 2013, tarikh akhir penghantaran borang secara online dan serahan kaunter adalah pada 30 April 2014 bagi cukai pendapatan individu. Bagi perniagaan pula tarikh akhir serahan borang cukai pendapatan adalah pada 30 Jun 2014.
Bayaran Cukai Pendapatan, Cukai keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi Individu dan Syarikat boleh dibuat secara tunai, cek dan arahan debit akaun di semua cawangan ejen-ejen LHDNM yang berikut:
Nota:
Maklumat berikut perlu diisi ke dalam slip bayaran di bank:
i. Kod Bayaran
ii. Nama Pembayar Cukai/Majikan
iii. No. Rujukan Cukai/No Rujukan Majikan
iv. No. Kad Pengenalan
v. Tahun Taksiran bagi bayaran yang dibuat/Tahun dan Bulan potongan bagi bayaran PCB
vi. Amaun bayaran
Kemudahan pembayaran Cukai Pendapatan, Cukai keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) melalui saluran elektronik ejen-ejen LHDNM yang dilantik seperti berikut;
Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT melalui https://www.posonline.com.my
(Debit akaun pembayar cukai melalui CIMBClicks, Bank Rakyat, Hong Leong Online, RHB Bank, MEPSCASH, Bank Islam, EON Bank, Al-Rajhi Bank dan Affin Bank)
Bayaran PCB sahaja melalui http://www.ambankgroup.com/en/Business/CashManagement
Bayaran PCB sahaja melalui http://www.ocbc.com.my
Bayaran PCB sahaja melalui HSBC, sila hubungi 1300-88-1128 atau 603-8321 5511
Bayaran PCB sahaja melalui https://ebanker2.bankislam.biz
Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah Individu boleh dilakukan melalui Auto Teller Machine (ATM) di bank-bank berikut;
Bagi membolehkan anda membayar melalui mesin ATM, anda perlulah mempunyai kad ATM bank yang berkenaan dan maklumat yang perlu disediakan untuk melaksanakan transaksi ini adalah nombor rujukan cukai.
Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah melalui perkhidmatan tele-perbankan disediakan melalui;
Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan Di Bank Terpilih
a) Bayaran di Kaunter
Bayaran Cukai Pendapatan, Cukai keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi Individu dan Syarikat boleh dibuat secara tunai, cek dan arahan debit akaun di semua cawangan ejen-ejen LHDNM yang berikut:
- CIMB Bank
- Public Bank
- Maybank
- POS Malaysia
- Affin Bank
- Bank Rakyat
- RHB Bank
Nota:
- Hanya bayaran secara tunai sahaja yang diterima di kaunter POS Malaysia.
- Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) melalui kaunter hanya disediakan di CIMB Bank dan Public Bank. Bayaran Potongan Cukai Bulanan di kaunter bank perlulah disertakan disket yang mengandungi maklumat pekerja yang terlibat dengan PCB dan maklumat tersebut mestilah mengikut speksifikasi yang telah ditetapkan oleh LHDNM.
Maklumat berikut perlu diisi ke dalam slip bayaran di bank:
i. Kod Bayaran
ii. Nama Pembayar Cukai/Majikan
iii. No. Rujukan Cukai/No Rujukan Majikan
iv. No. Kad Pengenalan
v. Tahun Taksiran bagi bayaran yang dibuat/Tahun dan Bulan potongan bagi bayaran PCB
vi. Amaun bayaran
b) Bayaran Melalui Internet
Kemudahan pembayaran Cukai Pendapatan, Cukai keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) melalui saluran elektronik ejen-ejen LHDNM yang dilantik seperti berikut;
- Bayaran PCB sahaja melalui https://www.alliancebank.com.my
- Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT untuk individu sahaja melalui https://www.cimbclicks.com.my
- Bayaran PCB melalui https://www.cimbbizchannel.com.my
- Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT Syarikat serta bayaran PCB melalui https://www.citibank.com.my
- Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT Individu dan Syarikat serta bayaran PCB melalui https://www.hlb.com.my/
- Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT Individu melalui https://www.maybank2u.com.my
- Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT untuk Syarikat serta PCB melalui http://www.maybank2e.net
- Bayaran Cukai Pendapatan, CKHT dan PCB Individu dan Syarikat melalui https://www.pbebank.com.my
- Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT melalui https://logon.rhb.com.my
- Bayaran PCB sahaja melalui https://www.rhb.com.my
Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT melalui https://www.posonline.com.my
(Debit akaun pembayar cukai melalui CIMBClicks, Bank Rakyat, Hong Leong Online, RHB Bank, MEPSCASH, Bank Islam, EON Bank, Al-Rajhi Bank dan Affin Bank)
Bayaran PCB sahaja melalui http://www.ambankgroup.com/en/Business/CashManagement
Bayaran PCB sahaja melalui http://www.ocbc.com.my
Bayaran PCB sahaja melalui HSBC, sila hubungi 1300-88-1128 atau 603-8321 5511
Bayaran PCB sahaja melalui https://ebanker2.bankislam.biz
c) Bayaran Melalui ATM
Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah Individu boleh dilakukan melalui Auto Teller Machine (ATM) di bank-bank berikut;
- Public Bank
- Maybank
- CIMB Bank
Bagi membolehkan anda membayar melalui mesin ATM, anda perlulah mempunyai kad ATM bank yang berkenaan dan maklumat yang perlu disediakan untuk melaksanakan transaksi ini adalah nombor rujukan cukai.
d) Bayaran Melalui Tele-Perbankan
Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah melalui perkhidmatan tele-perbankan disediakan melalui;
- Maybank – Kawanku Phone Banking (1-300-88-6688)
e) Bayaran Melalui Mesin Deposit Cek (Cheque Deposit Machine)
Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah individu disediakan melalui;- Public Bank Berhad – Mesin Deposit Cek (CDM)
f) Bayaran Melalui Mesin Deposit Wang (Cash Deposit Machine)
Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah individu disediakan melalui;- CIMB Bank Berhad – Mesin Deposit Tunai (CAM)
2 Comments
sangat menarik!
ReplyDeletehttps://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/05/04/lara-alana-sudah-mula-bayar-cukai-pendapatan-tahun-ini/
Artikel yang sangat infomatif, thanks sebab share!!
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.