Informasi unik dunia makanan dan masakan - Dalam dunia masakan ada banyak cara, bahan dan hidangan tersebut diperkenalkan. Ada sesetengah makanan menunjukkan rupa yang sama tetapi rasa dan nama yang berbeza.
Mari kita baca informasi unik dunia makanan dan masakan sebagai maklumat tambahan kepada kita semua.
#Sumber : Majalah Rasa
Mari kita baca informasi unik dunia makanan dan masakan sebagai maklumat tambahan kepada kita semua.
Informasi Unik Dunia Makanan Dan Masakan
Roti jagung
Sejenis roti yang diperbuat daripada tepung jagung kisar. Roti jagung mempunyai pelbagai perisa seperti keju, daun bawang dan sebagainya. Biasanya ia dibakar di dalam kuali segi empat tepat. Ia disajikan dengan pelbagai jenis hidangan lain.Udang Dublin Bay
Ia adalah sejenis udang kara yang dipancing dari pantai barat laut Scotland. Ia turut dikenali sebagai langoustine. Udang Dublin Bay boleh didapati dalam bentuk segar atau beku.Jambalaya
Sejenis hidangan beras Cajun yang popular di sepanjang selatan Amerika tetapi ada sesetengah orang yang berpendapat ia berasal dari masakan New Orleans. Terdapat banyak variasi masakan, tetapi pada dasarnya ia dibuat dengan beras, sosej, ayam, udang, cili, tomato dan sayuran lain.Epal Hutan
Buah yang kecil dan masam bagi pokok epal liar. Epal-epal hutan biasanya dimakan mentah dan boleh dibuat agar-agar dan gula-gula untuk skon. Ia tidak ditanam secara komersial dan tidak mudah didapati di pasaran.Epal Hutan |
Gorgonzola
Sejenis keju biru itali dibuat daripada pempasteuran susu-susu lembu. Ia berwarna kuning pucat dengan mempunyai corak urat biru kehijau-hijauan. Baunya sangat berbeza kuat dan tajam bergantung pada kematangannya. Keju gorgonzola adalah sangat enak dan kaya berkrim. Biasanya dimakan mentah sebagai keju, pencuci mulut dan pencecah salad.Apricots Hunza
Aprikot Hunza tidak seperti aprikot oren yang lain. Ia lebih kecil, bulat dan keras dan mempunyai warna kuning cair seperti sebiji kacang walnut. Ia di dapati daripada pokok-pokok aprikot liar dilembah Hunza, Kashmir, Afghanistan, dan Turki. Buah tersebut ditinggalkan di atas pokok untuk dijemur sebelum menuai. Ia tidak boleh dimakan nentah, tetapi perlu direndam dan dimasak sebelum dimakan.Tarte Tatin
Nama sejenis tat epal dalam bahasa Peranchis klasik. Ia adalah gabungan rasa karamel dengan perasa epal yang dimasak dalam mentega.Harissa
Ia adalah sejenis pes lada jingga-kemerahan Afrika Utara dan biasanya ia disajikan dengan couscous. Ia diperbuat daripada campuran cili merah kering, bawang putih, jintan, jintan putih yang digiling, ketumbar, tomato puri dan minyak zaitun.Krim Putar
Sangat pekat dan tebal seperti mentega lembut. Krim putar dibuat dengan pemanasan krim normal untuk menyejat beberapa cecair. Ia mempunyai sekurang-kurangnya 55 peratus lemak mentega yang memberi satu warna cerah. Secara tradisi ia dibuat di Devon dan Cornwall disajikan dengan skon atau aiskrim sebagai pencuci mulut.Koulibiac
Ia merupakan sebiji pai Rusia yang diisi dengan ikan, sayur-sayuran, beras dan telur rebus. Tukang-tukang masak eropah telah menyesuaikan dan mengubah resepi dengan pelbagai cara. Antaranya ialah membuat ia menjadi doh pastti lapis dan inti daripada campuran pelbagai bahan seperti ayam, cendawan, bawang, parsli dan bawang merah. Koulibiac salmon adalah antara hidangan yang popular.#Sumber : Majalah Rasa
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.