Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan Tentang Mangsa Tragedi MH370

Pendirian Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Tentang Mangsa Tragedi MH370 - Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian bahawa mangsa tragedi pesawat MH370 dikategorikan sebagai orang hilang, tidak perlu solat ghaib tetapi boleh teruskan solat hajat dan majlis tahlil bagi mempermudahkan segala urusan dan usaha yang berkaitan.

Hanya doa dan sedekah al Fatihah yang dapat dikirimkan dari kami di kejauhan ini..al-Fatihah...


Pendirian Majlis Fatwa Tentang MH370


Pendirian Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Tentang Mangsa Tragedi MH370

1. Anggota jawatankuasa sebulat suara bersetuju dan memutuskan bahawa kesemua anak kapal dan penumpang MH370 dikategorikan sebagai orang hilang (mahqud) dan dianggap sebagai orang yang telah meninggal dunia setelah usaha pencarian dibuat oleh pihak berkuasa.

2. Oleh itu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan yang dijalankan pada 25/3/2014 menetapkan pelaksanaan solat jenazah ghaib untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370 tidak perlu diadakan sekarang. Keputusan itu dibuat setelah berbincang dan meneliti pandangan ulama dan beberapa pakar dalam subjek berkenaan selepas muzakarah khas bersidang lebih dua jam. Solat jenazah ghaib tidak diperlukan lagi buat masa sekarang kerana pihak kerajaan masih berusaha mencari kotak hitam, mencari mayat mangsa sekiranya ada dan pelbagai perkara yang berkaitan.

3. Jawatankuasa fatwa juga memutuskan bahawa pengesahan kematian perlu dilakukan dan ditentukan di Mahkamah Syariah memandangkan ia penting untuk membolehkan pembubaran perkahwinan, pembahagian harta dan lain-lain yang membabitkan waris si mati.

4. Abd Shukor berkata sekiranya pasukan penyelamat menemui cebisan mayat yang tidak dikenali langsung, cebisan berkenaan wajib dikumpulkan dan dimandikan sama seperti pengurusan jenazah Islam kerana mayat berkenaan tidak dapat dikenal pasti sepenuhnya.

"Anggota jawatankuasa fatwa berpendapat bahawa orang Islam yang terkorban dalam tragedi MH370 sebagai mati syahid akhirat. Selain itu, solat hajat dan doa untuk pesawat MH370 yang hilang itu dibolehkan agar Allah SWT mempermudahkan pencarian pesawat tersebut," kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Syukor Husin.

Sumber: astro awani

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Assalamualaikum aynora. terima kasih kongsi entri ni.. in shaa Allah, akan solat hajat juga.. semoga Allah SWT permudahkan urusan pencarian pesawat dan kotak hitamnya... Inalillahiwaninallahirojiun...

    ReplyDelete
  2. Satu informasi yang berguna buat kita semua.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close