Mengenang MH370 | Pada pagi 8 Mac 2014 pesawat MAS MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur - Beijing telah tidak sampai ke destinasinya. Mulai saat itu kebanyakan seluruh rakyat di Malaysia khasnya memuat naik status di laman sosial sebagai 'Pesawat MAS Hilang'. Begitu juga media cetak dan media elektronik.
Namun begitu, janganlah kerana terlalu ghairah ingin berkongsi kepada pembaca, kita menyiarkan berita yang kurang tepat kerana ia melibatkan sensitiviti waris keluarga penumpang itu sendiri dan juga rakan terdekat.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga menghargai bantuan yang ditawarkan Vietnam, China, Amerika Syarikat, Singapura dan Filipina dalam usaha itu. Beliau telah berhubung dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Vietnam dan Filipina, dalam kerangka Asean, bagi memohon membantu Malaysia dalam operasi itu.
Kerajaan Malaysia turut menyambut baik bantuan dan kerjasama serupa daripada negara-negara lain dan badan antarabangsa dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut.
Kementerian Luar Negeri telah menubuhkan sebuah bilik operasi di Putrajaya, yang boleh dihubungi di talian 03 – 88874570 dan melalui emel di dutyofficer@kln.gov.my. Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan selepas pesawat itu dilaporkan hilang oleh pengawal trafik udara pada 2.40 pagi semalam. Pesawat B777-200 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 12.41 dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
Ahli geologi, Robin Beaman berkata, walaupun pasukan pencarian berjaya menemui bangkai MH370 yang sah di kawasan itu, namun gunung berapi di dasar laut mungkin akan menghalang usaha untuk mendapatkan kotak hitam berikutan lautan di kawasan perairan berkenaan mempunyai kedalaman maksimum 7,000 meter.
Akhirnya pada malam 24 Mac 2014 pengumuman PM Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengejutkan ramai pihak. Menurut PM, pesawat MAS MH370 telah berakhir di Lautan Hindi.
Teks ucapan PM Dato' Seri NAjib Tun Razak berkenaan Tragedi Pesawat MH370,
Allah menegaskan bahawa apabila ditimpa kesusahan (musibah), hendaklah kita menyebut Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un. Seperti Firman Allah;
Oleh itu ini bermakna, bukan sahaja apabila mendengar berita kematian, malahan apabila mendengar berita tentang kesusahan seseorang ataupun apabila diri sendiri ditimpa musibah juga, kita digalakkan menyebut kalimah ini.
Berikut adalah doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Ummu Salamah sewaktu beliau kesedihan setelah kehilangan suaminya yang tercinta. Akhirnya Allah menggantikan suaminya itu dengan Rasulullah, lelaki yang lebih baik dari Abu Salamah, suami Ummu Salamah.
Namun begitu, janganlah kerana terlalu ghairah ingin berkongsi kepada pembaca, kita menyiarkan berita yang kurang tepat kerana ia melibatkan sensitiviti waris keluarga penumpang itu sendiri dan juga rakan terdekat.
Mencari MH370
Beberapa hari kemudian misi itu ditukar secara sendirinya kepada 'Mencari MH370'. Misi mencari MH370 ini mulanya disertai oleh beberapa negara termasuk Vietnam, Amerika Syarikat, China, Singapura dan Indonesia serta beberapa negara lagi. Namun Misi Mencari MH370 masih menemui jalan buntu dan kehilangan pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu masih diselubungi misteri.Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga menghargai bantuan yang ditawarkan Vietnam, China, Amerika Syarikat, Singapura dan Filipina dalam usaha itu. Beliau telah berhubung dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Vietnam dan Filipina, dalam kerangka Asean, bagi memohon membantu Malaysia dalam operasi itu.
Kerajaan Malaysia turut menyambut baik bantuan dan kerjasama serupa daripada negara-negara lain dan badan antarabangsa dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut.
Kementerian Luar Negeri telah menubuhkan sebuah bilik operasi di Putrajaya, yang boleh dihubungi di talian 03 – 88874570 dan melalui emel di dutyofficer@kln.gov.my. Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan selepas pesawat itu dilaporkan hilang oleh pengawal trafik udara pada 2.40 pagi semalam. Pesawat B777-200 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 12.41 dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
Pray For MH370
Dalam fasa berikutnya, setelah pelbagai usaha mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, jawapan kepada misteri masih belum terungkai. Ke manakah MH370? Dimanakah destinasi pesawat Boeing tersebut? Dalam fasa ini, negara yang menyalurkan bantuan semakin bertambah sehingga melebihi 20 buah negara dari seluruh dunia. Antara negara yang turut membantu termasuklah Australia, India, China dan beberapa negara lain.Ahli geologi, Robin Beaman berkata, walaupun pasukan pencarian berjaya menemui bangkai MH370 yang sah di kawasan itu, namun gunung berapi di dasar laut mungkin akan menghalang usaha untuk mendapatkan kotak hitam berikutan lautan di kawasan perairan berkenaan mempunyai kedalaman maksimum 7,000 meter.
Tragedi MH370
Akhirnya pada malam 24 Mac 2014 pengumuman PM Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengejutkan ramai pihak. Menurut PM, pesawat MAS MH370 telah berakhir di Lautan Hindi.
Teks ucapan PM Dato' Seri NAjib Tun Razak berkenaan Tragedi Pesawat MH370,
This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path. Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.
This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.
We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.
Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.
Mengenang MH370, Remembering MH370
Sebagai kenangan terakhir dan maklumat bersama, di bawah ini adalah senarai penumpang dan anak kapal yang terlibat dengan tragedi MH370 yang amat mengejutkan bagi industri penerbangan di seluruh dunia dan terutamanya bagi rakyat negara ini sendiri.Penumpang MH370 Mengikut Negara |
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Surah al Baqarah: Ayat 155-156)
Oleh itu ini bermakna, bukan sahaja apabila mendengar berita kematian, malahan apabila mendengar berita tentang kesusahan seseorang ataupun apabila diri sendiri ditimpa musibah juga, kita digalakkan menyebut kalimah ini.
Berikut adalah doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Ummu Salamah sewaktu beliau kesedihan setelah kehilangan suaminya yang tercinta. Akhirnya Allah menggantikan suaminya itu dengan Rasulullah, lelaki yang lebih baik dari Abu Salamah, suami Ummu Salamah.
Kepada Allah Kami datang dan kepada Allah kami kembali. Ya ALLAH berikan pahala ke atas musibah yang menimpaku dan gantikan dengan yang lebih baik daripadanya.
Marilah kita bersama-sama mendoakan semua penumpang dan anak kapal pesawat MAS MH370 semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang bertaqwa. Ameen...
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.