Resepi jemput-jemput udang geragau | Alhamdulillah. Isnin datang lagi. Semalam hari minggu. Sempat la juga saya berehat seketika dari dunia kerja yang ada pasang surutnya, dapat berehat dengan aman...
So, sempat juga saya sediakan breakfast buat keluarga. Agak simple aje tetapi in shaa Allah jadi kegemaran ramai. Jom tengok resepi jemput-jemput saya..
Bahan-bahannya:
1/2 kilo tepung gandum
40 gram udang kering (geragau)
1 biji bawang besar - diracik
5 tangkai daun sup - dipotong halus
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan air panas
garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Masukkan udang kering (geragau), bawang besar dan daun sup ke dalam tepung. Gaul hingga rata bahan-bahan tersebut.
2. Masukkan soda bikarbonat. Gaul dengan tepung hingga rata.
3. Masukkan air panas yang telah dilarutkan dengan garam. Uli tepung dengan air panas hingga menjadi pekat. Kecairan adunan tepung anggaran macam buat jemput-jemput pisang.
4. Goreng pada minyak yang cukup panas.
5. Setelah kekuningan boleh diangkat.
6. Siap untuk dihidangkan.
So, sempat juga saya sediakan breakfast buat keluarga. Agak simple aje tetapi in shaa Allah jadi kegemaran ramai. Jom tengok resepi jemput-jemput saya..
Resepi Jemput-Jemput Udang Geragau
Bahan-bahannya:
1/2 kilo tepung gandum
40 gram udang kering (geragau)
1 biji bawang besar - diracik
5 tangkai daun sup - dipotong halus
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan air panas
garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Masukkan udang kering (geragau), bawang besar dan daun sup ke dalam tepung. Gaul hingga rata bahan-bahan tersebut.
2. Masukkan soda bikarbonat. Gaul dengan tepung hingga rata.
3. Masukkan air panas yang telah dilarutkan dengan garam. Uli tepung dengan air panas hingga menjadi pekat. Kecairan adunan tepung anggaran macam buat jemput-jemput pisang.
4. Goreng pada minyak yang cukup panas.
5. Setelah kekuningan boleh diangkat.
6. Siap untuk dihidangkan.
8 Comments
alamak... telan air liur nmpk gaya nya...
ReplyDeleteHIHI...TQ
DeleteSedap nih mkn di ptg hari..
ReplyDeleteBetul tu Maria
Deletetime ptg2 sedap ni dmkn..simple tp sedap..tq share rsepi aynora..^-^
ReplyDeletesama2 Mama Rey
DeleteAssalamualaikum aynora. wahh sedapnya. sheila suka jemput2... selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~
ReplyDeleteYa Sheila, memang yummy! thanks ya utk nuffnang tu
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.